Mushaddad HasbullahSyahnaz SulaimanHakimah HamirAzman Ab. Rahman2024-09-052024-09-052024-05-3110.33102/jfatwa.vol29no2.590https://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/590/528https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/22338Kenaikan kos sara hidup memberi kesan yang besar kepada perbelanjaan pelajar terutamanya mahasiswa universiti. Bagi menyokong kewangan para mahasiswa, kerajaan dan universiti mengambil langkah proaktif untuk meluaskan pendanaan universiti melalui dana sosial seperti zakat dan wakaf. Kertas kerja ini bertujuan untuk membandingkan tadbir urus pengurusan zakat di universiti awam iaitu antara Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Pusat Wakaf Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM). Maklumat dan analisis bagi kedua-dua pusat pengurusan zakat universiti ini menggunakan pendekatan kualitatif. Hasil kajian mendapati kedua-dua PWZ dan WAZAN mempunyai dua jawatankuasa utama bagi menguruskan zakat yang melibatkan pelaporan operasi zakat dari segi kutipan dan agihan, serta membuat keputusan melibatkan dasar dan polisi serta pengurusan agihan zakat di peringkat universiti. Berdasarkan tadbir urus kedua-dua universiti, kajian ini mencadangkan supaya Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan pengurusan tertinggi universiti memberi autonomi sepenuhnya kepada pusat zakat universiti untuk menyelaras semua aktiviti berkaitanzakat di universiti masing-masing selain membenarkan kutipan dibuat di sekitar kawasan universiti.mszakaturus tadbiruniversiti awamModel Tabdir Urus Pengurusan Zakat Universiti Awam: Perbandingan Pusat Wakaf Dan Zakat (PWZ), Universiti Sains Islam Malaysia Dan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat Dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra MalaysiaZakat Management Model In Public Universities: A Comparison Between Pusat Wakaf Dan Zakat (PWZ), And Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat Dan Endowmen(WAZAN)journal-article