Mualimin Mochammad SahidFettane AmarSyed Mohammad Chaedar Syed Abdurrahman Al Yahyaulkifli2025-05-142025-05-142024Mualimin Mochammad Sahid, Fettane Amar, Syed Mohammad Chaedar & Zulkifli. (2024). Istiadat Ulangan Penghulu Luak Tanah Mengandung Mengadap Menjunjung Duli di Negeri Sembilan: Satu Tinjauan dari Perspektif Syarak. Seminar Antarabangsa Islam Dan Sains 2024 (SAIS 2024), 302–311. https://pkausim.usim.edu.my/sais-2024/3083-87113083-8711https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/26764Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2024 (SAIS 2024) Editor: Siti Rubaini Mat (K), Azman Ab Rahman, Rezki Perdani Sawai, Muhammad Nuruddin Sudin, Umi Hamidaton Soffian Lee ,Nur Ilyana Ismarau Tajuddin 26 September 2024 Anjuran: Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM),Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Institut Sains Islam (ISI) dan Institut Fatwa dan Halal (iFFAH), USIMIstiadat Ulangan Penghulu Luak Tanah Mengandung Mengadap Duli yang diamalkan di Negeri Sembilan adalah sebuah upacara tradisional di Negeri Sembilan yang menggabungkan elemen adat dan syarak. Istiadat ini dilakukan bagi mengulangi ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi Dato’- Dato’ Penghulu Luak Tanah Mengandung kepada Duli Yang Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Dalam konteks adat Perpatih ia merupakan aspek penting dalam mengekalkan keharmonian dan kestabilan masyarakat di Negeri Sembilan. Dari perspektif Syarak, istiadat ini juga mencerminkan prinsip-prinsip Islam yang menggariskan peri pentingnya ketaatan kepada pemimpin demi mengekalkan persatuan, kekuatan dan keamanan pemerintahan. Disamping itu, istiadat ini juga menjadi faktor yang signifikan dalam mengekalkan warisan adat Perpatih yang merupakan amalan masyarakat di Negeri Sembilan yang memperkukuh ketaatan kepada pemimpin. Artikel ini bertujuan menjelaskan maksud dan tujuan di sebalik istiadat yang unik ini serta kaitannya dengan prinsip Syarak menerusi Kaedah Fiqh “Tasarruf Al-Imam ‘Ala Al-Ra’iyyah Manutun Bi Al-Maslahah” (Tindakan pemimpin ke atas rakyatnya mesti berdasarkan unsur kemaslahatan). Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif dan kepustakaan dengan menganalisa isu yang dikaji merujuk kepada pelbagai sumber rujukan primer dan sekunder. Di antara hasil kajian adalah bahawa Istiadat Ulangan Penghulu Luak Tanah Mengandung Mengadap Duli yang diamalkan sehingga ke hari ini bukan sahaja penting dalam konteks melestarikan budaya dan adat sahaja, tetapi juga mempunyai signifikan yang mendalam dari perspektif Syarak kerana mencerminkan hubungkait di antara adat dan syarak dalam mengekalkan kestabilan, keharmonian, dan keadilan dalam masyarakat khasnya di Negeri Sembilan.msistiadatadat perpatihulanganmengadapNegeri Sembilankaedah fiqhIstiadat Ulangan Penghulu Luak Tanah Mengandung Mengadap Menjunjung Duli di Negeri Sembilan: Satu Tinjauan dari Perspektif Syaraktext::conference output::conference proceedings::conference paper302311