Md Ariffin, M. F.M. F.Md AriffinAhmad, K.K.AhmadAbd Shukur, M. I. M.M. I. M.Abd Shukur2024-05-292024-05-2920181823-4356http://jmqs.usim.edu.my/index.php/jmqs/article/view/119https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/14901Penularan virus Zika (ZIKV) telah menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat dunia amnya dan Malaysia khasnya setelah kali terakhir direkodkan pada tahun 2007. Zika (ZIKV) disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti yang juga penyebab demam denggi, chikungunya dan demam kuning. Dalam tempoh tidak sampai setahun, virus Zika telah dikesan merebak hampir ke seluruh dunia. Kemuncaknya ialah pada 1 Februari 2016, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) terpaksa menekan butang panik dan mengisytiharkan ZIKV sebagai Public Health Emergency of International Concern (PHEIC). Kini semua agensi dunia berkaitan telah dikerahkan bagi tujuan usaha pencegahan dan kawalan virus. Pelbagai tindakan kawalan yang difikirkan wajar telah mula dipergiatkan di peringkat Malaysia sendiri, termasuk mengadakan kempen banteras nyamuk Aedes dan menyaring aliran keluar masuk rakyat dan pelancong antarabangsa. Signifikannya, Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan mengenai bahaya dan ancaman kelompok haiwan perosak dalam himpunan sabda Baginda SAW. Meskipun nyamuk tidak disebutkan sebagai haiwan fasiq (haiwan perosak) secara khusus, namun ancamannya telah melayakkan dikategorikan sebagai haiwan perosak menurut pandangan ulama qias. Justeru, makalah ini berusaha mengupas ancaman nyamuk dan asas hubungannya dengan haiwan fasiq (haiwan perosak). Ini penting bagi memberi panduan kepada masyarakat akan mudarat yang mampu dijelmakan haiwan tertentu dan teknik kawalan terbaik menurut sunnah Nabi SAW.NyamukBahayaZikaHaiwan PerosakTeknik KawalanVektor Zika dan Teknik Kawalan Haiwan Perosak Menurut Perspektif HadisArticle85901415