Wan Nurul Jannah Binti Wan AzizShania Puspa NovandariHawa’ Binti Mohd KadriSukhairu Bin Sulaiman2024-05-302024-05-302024Syed Hassan, S. N., Hamisan@Khair, N. S., Zulkiply, S. R. I., & Mohamad Zainuzi, I. H. (Eds.). (2024). In E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024) (pp. 1–1203). Penerbit USIM.e-ISBN: 978-629-7636-32-0https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17708E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024): “Memartabatkan Masyarakat Madani Nusantara Berlandaskan Kearifan Al-Quran Dan Sunnah” / Penyunting: Syed Najihuddin Syed Hassan, Nur Saadah Hamisan@Khair, Shah Rizul Izyan Zulkiply, Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi 20-23 Januari 2024 / 8-11 Rejab 1445H Penganjur: Fakulti Pengajian Quran and Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) & Muzium Manuskrip al-Quran Narathiwat ThailandKaedah perubatan refleksologi Islam adalah berasal dari Al-Quran dan As-Sunnah yang kemudiannya dikumpulkan dan dirumuskan menjadi salah satu kaedah perubatan tradisional Islam. Rawatan ini sangat istimewa dan dapat membantu menyembuhkan berbagai penyakit dengan segera, berkesan dan tidak membebankan kos yang tinggi. Permasalahan bagi kajian ini adalah dimana timbulnya pelbagai persoalan bagi masyarakat yang pertama kali mendengar kaedah rawatan ini. Hal ini kerana mereka menyangka pukulan atau sebatan itu pada kebiasaannya kuat dan menyakitkan yangtidak akan tertanggung sedangkan ianya tidak menyakitkan pesakit secara luaran. Kajian ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat awam dalam mencari alternatif rawatan yang berkesan. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian secara kualitatif. Data-data kajian dikumpul secara analisis dokumen kepustakaan dengan merujuk kepada beberapa buku dan artikel yang berkaitan serta menggunakan kaedah pemerhatian terhadap pesakit yang telah menerima rawatan dalam tempoh tertentu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan antara refleksologi Islam dan biasa kerana dapat merawat pelbagai penyakit luaran dan dalaman. Secara konklusinya, rawatan ini bukan sahaja dapat membantu penyembuhan dalam penyakit fizikal atau luaran malah menitikberatkan rawatan kerohanian sebagai amalan harian.otherRefleksologi, Refleksologi Spritual Islam, RawatanPerubatan Tradisional dan Perubatan Moden: Refleksologi Spritual Islam Sebagai Kaedah PerubatanArticle453463