Nur Afifi bin AlitShumsudin YabiMohd Yusuf bin Ismail2024-05-282024-05-2820232024-1-31Nur Afifi bin Alit, Shumsudin Yabi, & Mohd Yusuf bin Ismail. (2023). BIBLIOMETRIC ANALYSIS ON STUDIES RELATED TO RELIGIOUS TELEVISION PROGRAM IN MALAYSIA. Jurnal Al-Sirat, 23(1), 7-24. Retrieved from https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/2761823-4313https://ejournal.unipsas.edu.my/index.php/alsirat/article/view/276/226https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/7711Journal Al-Sirat Volume 8 Issue 1 Page (7-24)Media penyiaran televisyen memainkan peranan signifikan dalam menyuburkan pendekatan dakwah Islamiah di Malaysia. Perkembangan positif ini telah menyaksikan kerancakan penyiaran rancangan berkonsepkan keagamaan seiring dengan peningkatan minat penonton terhadapnya, dan kemudahan tenaga kerja yang membantu pihak berkepentingan dalam merealisasikan usaha murni ini. Hal ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan penyelidikan berhubung lapangan ini bagi penyediaan input dan data berautoriti kepada pihak yang berkepentingan. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk untuk mengenalpasti dan mengklasifikasi literatur berkaitan rancangan keagamaan televisyen di Malaysia. Metodologi digunakan adalah berpandukan analisis bibliometrik terhadap kajian dalampelbagai bentuk seperti tesis, disertasi, latihan ilmiah, artikel jurnal, kertas prosiding, bab dalam buku dan buku. Data-data ini diperoleh menerusi carian kata kunci seperti rancangan keagamaan, drama dan filem, media penyiaran, yang dilakukan menerusi pangkalan data artikel ilmiah, perpustakaan, dan laman sesawang berhubung topik kajian. Hasil kajian menemui sejumlah 124 literatur berhubung topik kajian, melibatkan pelbagai jenis dan tema perbincangan, yang dihasilkan samada yang berbahasa melayu atau berbahasa inggeris. Dapatan kajian memberikan gambaran keperluan menjalankan penyelidikan lanjut melibatkan kajian analisis terhadap tahap autentik kandungan rancangan keagamaan, dan kajian lapangan terhadap keperluan dan kecenderungan penonton. Kajian jugadapat memberi implikasi positif kepada pihak berkepentingan dalam lapangan penyiaran keagamaan di Malaysia untuk menghasilkan rancangan keagamaan yang berdaya saing dengan konsep yang lebih menarik dan mudah difahami kandungannya.otherAnalisis bibliometrik, rancangan keagamaan, televisyenAnalisis Bibliometrik Terhadap Kajian Berhubung Rancangan Televisyen Berkonsep Keagamaan Di MalaysiaBibliometric Analysis On Studies Related To Religious Television Program In MalaysiaArticle724231