M. Anuar MamatSyed Mohammad Hilmi Syed Abdul RahmanChe Zarrina Sa'ariAzizi Che SemanNur Ulfah Harun2024-05-282024-05-282019Mamat, M. A., Syed Abdul Rahman, S. M. H., Sa’ari, C. Z., Che Seman, A., & Harun, N. U. (2019). Amalan Etika Perguruan Berasaskan Pemikiran Imam Abū Ḥanīfah: Suatu Tinjauan terhadap Aplikasi Guru Pendidikan Islam di Selangor (The Application of Ethics Based on Abū Ḥanīfah’s Thought: A Survey among Islamic Education Teachers ). UMRAN - International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 6(2), 93–110. https://doi.org/10.11113/umran2019.6n2.3392289-820410.11113/umran2019.6n2.339https://jurnalumran.utm.my/index.php/umran/article/view/339https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6852Vol. 6 No. 2Sistem Pendidikan kini berhadapan dengan pelbagai isu dan masalah khususnya berkaitan dengan etika guru pada pelbagai peringkat. Oleh itu, artikel ini mengkaji tahap amalan Etika Profesion Perguruan yang dianalisis berasaskan pemikiran Imam Abū Ḥanīfah dalam kalangan guru Pendidikan Islam di Selangor. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 263 guru-guru Pendidikan Islam yang bertugas di sekolah menengah sekitar Selangor. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science for Windows Version 22 (SPSS v.22) dan dipersembahkan secara deskriptif menggunakan kaedah kekerapan, peratusan dan min. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa tahap aplikasi guru Pendidikan Islam di Selangor adalah berada pada tahap yang tinggiiaitu nilai min 3.327. Dapatan ini menunjukkan para guru Pendidikan Islam di Selangor agak komited dalam mengaplikasi Etika Profesion Perguruan menurut Imam Abū Ḥanīfah. Walau bagaimanapun, aspek ini sepatutnya diperkukuhkan lagi dengan pengajaran dan penghayatan berterusan supaya amalan baik ini berterusan sepanjang perkhidmatan mereka.en-USEtika profesion perguruan, abu hanifah, amalan etika, guru, pendidikan islam.Amalan Etika Perguruan Berasaskan Pemikiran Imam Abu Hanifah Suatu Tinjauan terhadap Aplikasi Guru Pendidikan Islam di SelangorThe Application of Ethics Based on Abū Ḥanīfah’s Thought: A Survey among Islamic Education TeachersArticle9311062