Nurul Jannah Binti Abdul MananNurul Iffah Binti Muhamad LutfiNurul Izzah Binti Sa'hari AnuarSyed Najihuddin Bin Syed Hassan2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17561E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Media sosial TikTok merupakan platform baru dalam menyampaikan pesan dakwah. Perkembangan teknologi dalam komunikasi ini dapat mempermudahkan penyebaran maklumat dari satu tempat ke satu tempat dengan mudah. Penyebaran maklumat seperti isu dan ilmu agama dapat dikongsi dengan mudahnya kepada berjuta orang. Aplikasi TikTok ini juga sekarang menular dalam kalangan orang muda. Tambahan pula, aplikasi ini juga lebih mudah diakses serta menarik kerana sifatnya yang menggabungkan elemen audio dan visual. Selain hiburan, TikTok juga merupakan alternatif pendakwah untuk mendakwah. Pendakwah juga menggunakan isi dakwah yang menarik dan unik. Kajian membincangkan potensi penggunaan teknologi TikTok terutamanya untuk aktiviti dakwah dan cabaran yang mungkin timbul dalam penggunaanya. Perbincangan adalah berdasarkan senario semasa dalam konteks landskap media berkaitan penggunaan media untuk aktiviti dakwah dikalangan anak muda khususnya. Aktiviti dakwah semasa mestilah mengambil kira penggunaan media yang dimiliki dan digunakan oleh khalayak untuk memastikan kesampaian dan penerimaan mesej dakwah. Dalam masa yang sama, membantu perkembangan ajaran islam yang betul. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif iaitu melalui kajian kepustakaan dan tinjauan melalui bahan-bahan rujukan. Hasil kajian ini mendapati peranan TikTok mampu mempengaruhi persepsi atau pemahaman pengguna terhadap pengajian Islam. Kesimpulannya, kewujudan platform Tiktok mampu dijadikan medium rujukan dakwah yang bermanfaat untuk masyarakat khususnya golongan muda.otherPlatform, teknologi, dakwah, media, tiktok, visualKepentingan dan Peranan Aplikasi Tiktok dalam Menyebarkan Dakwah dikalangan RemajaArticle386398