Kamal Azmi Abd RahmanAin Balkis Mohd AzamSarjit SinghAbd Ha-kim MohadKhadijah MudaAdibah Sulaiman @ Mohamad2024-05-292024-05-292023Kamal Azmi Abd Rahman, Ain Balkis Mohd Azam, Sarjit Singh, Abd Ha-kim Mohad, Khadijah Muda, Adibah Sulaiman (2023). Analisis Tematik Penulisan Tentang Hak Kebebasan Beragama Di Portal Berita Malaysiakini. Al-i’lam - Journal of Contemporary Islamic Communication and Media, 3(2). https://doi.org/10.33102/jcicom.vol3no2.912785-883910.33102/jcicom.vol3no2.91https://jcicom.usim.edu.my/index.php/journal/article/view/91/67https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13534AL-I’LAM –J. Contemp. Islam. Comm. & Media Volume 3 No.2 Page (1-19)Isu hak Kebebasan Beragama (HKB) di Malaysia sering menjadi polemik bukan sahaja di per-ingkat negara malahan juga di peringkat antarabangsa. Antara isu HKB yang hangat di-perdebatkan di Malaysia ialah isu murtad, kalimah Allah dan ajaran sesat. Oleh itu, media memainkan peranan penting dalam menyampaikan isu HKB kepada orang awam. Penyam-paian berita ini mampu membentuk persepsi masyarakat terhadap isu HKB di Malaysia. Ter-dapat beberapa portal berita atas talian yang menjadi medium penyampaian isu HKB. Salah satu portal berita yang sering melaporkan isu HKB ialah portal berita Malaysiakini.com. Oleh yang demikian, kertas kerja ini bertujuan menganalisis kandungan berita HKB di portal berita Malaysiakini.com. Metodologi yang digunakan adalah analisis kandungan berita berkaitan HKB bermula tahun 2019 hingga 2023 di portal berita Malaysiakini.com. Kajian mendapati bahawa portal berita Malaysiakini.comtelah menerbitkan berita HKB tertinggi pada tahun 2019 dan terendah pada tahun 2023 sehingga Mei. Penulis juga telah mengenalpasti sebanyak 12 tema HKB dari penulisan-penulisan yang telah diterbitkan iaitu; (1) Antarabang-sa, (2) Dialog dan toleransi beragama, (3) Hak asasi manusia, (4) Hak penyebaran agama bukan Islam, ajaran dan ideologi asing, (5) Hak penyebaran agama Islam, (6) Kalimah Allah, (7) Kebebasan melakukan dosa dan menghina Islam, (8) Keluar masuk Islam, (9) Kenegaraan, (10) Kritik insittusi agama Islam, (11) Pemeliharaan tradisi Islam dan (12) Politik. Bagi menye-imbangkan pelaporan dan penulisan berita HKB yang berbentuk polemik atau isu, portal berita atas talianseperti Malaysiakini.comdisarankan untuk melaporkan tentang sikap toler-ansi beragama dan kehidupan yang harmoni yang telah dikecapi oleh masyarakat pelbagai di Malaysia. Ini juga dapat mengurangkan persepsi negatif terhadap pengamalan HKB di Ma-laysia sama ada dalam kalangan masyarakat Malaysia ataupun pelaporan berita di peringkat global.otherHak kebebasan beragama; Malaysia; Malaysiakini; Portal beritaAnalisis Tematik Penulisan Tentang Hak Kebebasan Beragama Di Portal Berita MalaysiakiniThematic Analysisof Reports AboutFreedom of Reli-gious Rights on Malaysiakini News PortalArticle11932