Sakeenah Mohd RezaMohd Izwan Mahmud2024-05-302024-05-302021eISBN: 9789674408855https://drive.google.com/file/d/1EP06vRgMNMfHQIA4CB2hAZrr4AIhvfnn/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18148Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani 11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian) Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam MalaysiaPengenalan-Matematik merupakan antara salah satu subjek utama yang dipelajari oleh setiap murid yang mana ianya mempunyai banyak signifikan dalam pelbagai aspek untuk kelangsungan hidup. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan pelbagai bentuk inisiatif yang dapat menyumbang kepada input penyampaian subjek ini sama ada dalam bentuk Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) mahupun Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) termasuklah meperkenalkan soalan- soalan berbentuk KBAT. Objektif-Tiga objektif kajian tindakan ini ialah yang pertama untuk mengenal pasti sejauh mana kefahaman murid terhadap soalan- soalan Matematik yang berbentuk penyelesaian masalah, mengenal pasti kefahaman murid bagi soalan- soalan berbentuk KBAT dan seterusnya menentukan ketepatan jawapan murid bagi latihan penyelesaian masalah berbentuk KBAT. Metodologi-Kesemua objektif ini akan dilihat perbandingannya dari segi pencapaian murid di dalam ujian pra (tiada intervensi) dan selepas pengaplikasian perbincangan soalan berbentuk KBAT (ada intervensi) semasa sesi pengajaran dan perbincangan soalan- soalan berbentuk penyelesaian masalah. Model Kemmis dan McTaggart bagi kajian tindakan ini telah dipilih. Pada gelung pertama, 30 orang murid yang merupakan responden kajian tindakan ini tidak diberikan sebarang input perbincangan soalan berbentuk KBAT semasa sesi pengajaran dijalankan. Manakala pada gelung kedua pula, kesemua 30 responden ini telah diterapkan intervensi berbentuk pengaplikasian perbincangan soalan berbentuk KBAT semasa sesi pengajaran dan perbincangan soalan- soalan berbentuk penyelesaian masalah. Dapatan-Kesemua obektif kajian tindakan ini telah dicapai di mana keputusan ujian pasca menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara perbincangan soalan berbentuk KBAT semasa sesi pembelajaran dan perbincangan soalan- soalan penyelesaian masalah dengan kefahaman dan kebolehupayaan murid dalam menyelesaikan soalan – soalan tersebut dengan tepat. Kesimpulannya, penerapan konsep soalan KBAT memberikan kesan yang positif terhadap pengukuhan kefahaman murid bagi soalan- soalan berbentuk penyelesaian masalah sekaligus meningkatkan persediaan pelajar menuju Era Revolusi Industri 4.0 Kepentingan-Pengaplikasian soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang mana pelaksanaannya telah terbukti mampu meningkatkan tahap pemikiran dan inovasi murid dalam penguasaan subjek Matematik ke tahap yang lebih baik di samping ianya selari dengan Pelan Pembangunan Negara menuju ke arah Era Revolusi Industri 4.0. Melalui pelaksanaannya, ianya mampu memberikan nilai kefahaman yang tinggi terhadap murid di peringkat sekolah rendah mahupun menengah dalam menguasai sesuatu subjek seperti Matematik.otherKemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Matematik, inovasi, intervensi, Era Revolusi Industri 4.0Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Memperkukuh Kefahaman Pelajar Dalam Subjek Matematik Sekaligus Meningkatkan Persediaan Pelajar Menuju Era Revolusi Industri 4.0Article271286