Amin M. Z. M.Mohd Saiful Amri Zainal AbidinAbdulloh Salaeh2024-05-302024-05-302019-10-08978-967-440-682-0https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16760THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2019/ EDITED BY : DR. NURULWAHIDAH FAUZI DR. SAMER NAJEH ABDULLAH SAMARH DR. MESBAHUL HOQUE DR. TAZUL ISLAM “AL QURAN RAHMATAN LIL A’LAMIN: VISION AND CHALLENGES” 8th – 9th October 2019 / 9 – 10 Safar 1441H Hosted By : Faculty Of Quranic And Sunnah Studies, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Isu penagihan dadah ini berterusan dan tidak menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan walaupun telah diisytiharkan sebagai musuh Negara. Penagihan dadah dianggap salah satu ancaman kepada keselamatan Negara dan usaha membendung gejala penagihan dadah dan pemulihan dadah melibatkan kos yang sangat tinggi dan tidak bersifat produktif. Masalah “penagih relaps” yang tinggi dan menunjukkan trend peningkatan menggambarkan bahawa proses pemulihan dadah yang sedia ada masih belum cukup berkesan. Terapi psiko spiritual didapati berkesan dalam pencegahan dan rawatan ketagihan dadah serta dapat Mengatasi penagihan relaps dan dipraktikkan di beberapa pusat rawatan dadah kerajaan dan juga swasta. Salah satu komponen terpenting dalam terapi psiko spiritual ialah konsep ‘Mujahadah’. Setiap institusi rawatan dadah mempunyai pendekatan ‘Mujahadah’ tersendiri. Sekiranya kepelbagaian dalam perlaksanaan ‘Mujahadah’ ini jika dapat disatukan akan melahirkan model ‘Mujahadah’ yang terbaik dalam pemulihan penagih dadah. Objektif utama kajian yang dijalankan adalah untuk meneliti kaedah perlaksanaan elemen ‘Mujahadah’ dalam konteks pemulihan penagih dadah. Justeru satu kajian kualitatif dijalankan di lima pusat rawatan dadah terpilih. Data diperoleh melalui analisis teks, temu bual dan observasi perlaksanaannya di CCRC Tiang Dua, CCRC Sungai Ruan, Pondok Remaja Inabah Negeri Sembilan, Teratak Tautan Kaseh Murabbi, dan Persatuan Pengasih Malaysia. Kajian mendapati bahawa perlaksanaan ‘Mujahadah’ terbahagi kepada tiga bahagian (i) Takhalli [Pembersihan], (ii) Tahalli [Pengisian] dan (iii) Tajalli [Pengukuhan]. Proses ‘Mujahadah’ dalam kalangan pelatih sangat berkait rapat dengan sistem sokongan dan ilmu teras agama. 'Mujahadah’ juga perlu dijalankan dengan proses “Muraqabah al-Nafs” dan “Riyadhah alNafs” yang berterusan.otherMujahadah, Rawatan Pemulihan Dadah, Psiko Spiritual, Tazkiyah al-NafsPeranan Mujahadah Dalam Terapi Psiko Spiritual: Analisis Terhadap Model Rawatan Penagihan Dadah Berlandaskan Quran dan SunnahArticle514525