Mohd Tahir, S. S.S. S.Mohd TahirWahid, H.H.WahidAhmad, S.S.Ahmad2024-05-292024-05-2920162232-1047http://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/61https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13921Jumlah kutipan zakat di negeri Terengganu menunjukkan peningkatan yang besar setiap tahun, namun wujudkah pengurangan ketirisan pembayaran zakat fitrah di negeri Terengganu setiap tahun. Justeru itu, pengenalan tiga kadar zakat fitrah di negeri Terengganu diandaikan akan mengurangkan jumlah ketirisan memandangkan pembayar mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran melalui tiga kadar bayaran yang berbeza. Lantaran itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis jumlah ketirisan kutipan zakat fitrah di Terengganu. Dengan menggunakan data kadar zakat fitrah, jumlah kutipan zakat fitrah dan jumlah� penduduk Islam di negeri Terengganu, kajian mendapati ketirisan tidak berlaku pada kadar zakat minimum sebaliknya berlaku ketirisan pada kadar zakat pertengahan dan maksimum. Ketirisan yang wujud bukan disebabkan oleh pelaksanaan tiga kadar zakat, sebaliknya disebabkan oleh, kemungkinan berlaku ketidakpercayaan individu untuk membuat pembayaran kepada institusi formal. Justeru itu, wujud persoalan sejauh mana keberkesanan pelaksanaan tiga kadar� zakat fitrah sedangkan peratusan ketirisan yang wujud semakin meningkat setiap tahun kecuali pada kadar zakat minimum. Individu lebih tertumpu kepada satu kadar zakat fitrah iaitu kadar minimum berbanding kadar zakat pertengahan dan maksimum. Oleh itu, kajian mengenai kefahaman serta kepatuhan masyarakat tentang������� pembayaran zakat fitrah mengikut tiga kadar perlu dijalankan agar segala masalah yang wujud dapat diatasi dengan mudah. Pihak institusi zakat juga perlu meletakkan syarat-syarat kelayakan berdasarkan kadar ke atas individu bagi membolehkan mereka membuat pembayaran mengikut kadar yang sesuai dengan kelayakan diri mereka berdasarkan beras yang dimakan.zakat fitrahketirisankutipan zakat fitrahTerengganuKepatuhan Membayar Zakat Fitrah: Analisis Kutipan dan Ketirisan Pembayaran Zakat Fitrah di TerengganuArticle759471