Norman HamdanAsharaf Mohd. RamliAbdullaah JalilMohammad Aizuddin Abd AzizAsmaddy Haris2024-05-302024-05-302022https://fem.usim.edu.my/ibaf2022-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17441e-Proceedings of The 10th Islamic Banking, Accounting and Finance International Conference 2022 (iBAF2022): “Future-Proofing for Business Excellence Through Islamic Banking, Accounting and Finance". 13th-14th September 2022 (Virtual Conference) Organized by: Faculty of Economics and Muamalat, Universiti Sains Islam MalaysiaSebagai satu institusi Islam yang menerima sumbangan kewangan daripada orang awam, masjid perlu menguruskan sumber kewangan tersebut dengan cara yang telus, efisyen dan berkesan. Perakaunan dan pelaporan kewangan adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan kewangan mana-mana organisasi termasuk masjid. Elemen akauntabiliti terhadap sumber kewangan yang diperolehi untuk diuruskan boleh dizahirkan melalui sistem perakaunan dan pelaporan kewangan yang baik. Umumnya pihak masjid menggunakan kaedah perakaunan dan pelaporan yang biasa digunakan oleh entiti perniagaan dalam penyediaan laporan kewangan mereka. Memandangkan institusi masjid bukan beroperasi dengan bermatlamatkan keuntungan, maka kaedah perakaunan dan pelaporan perniagaan (business accounting) dilihat kurang sesuai untuk digunakan oleh pihak masjid kerana objektif pelaporan kewangan (financial reporting objective) bagi entiti perniagaan dan masjid adalah berbeza. Artikel ini juga akan membincangkan risiko-risiko shariah yang boleh berlaku sekiranya perakaunan dan pelaporan kewangan perniagaan digunakan oleh pihak masjid untuk menyediakan laporan kewangan mereka.otherPerakaunan; pelaporan kewangan; masjid; NPO; risiko shariahRisiko Shariah dalam Penggunaan Kaedah Perakaunan Berasaskan Keuntungan untuk Pelaporan Kewangan MasjidArticle28