Mohd Mahyeddin Mohd SallehNisar Mohammad AhmadNurrulhidayah Ahmad Fadzillah2024-05-292024-05-2920202232-1047http://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/248https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13582Bahan pewarna yang digunakan dalam produk makanan dan minuman masakini bukan hanya berasal dari bahan tumbuhan atau bahan kimia, tetapi juga diperolehi dari bahan haiwan, termasuk serangga. Salah satunya ialah serangga jenis cochineal yang menghasilkan warna merah pekat dan banyak dimanfaatkan oleh industri makanan dan kosmetik. Sehubungan itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dan Majelis Ulama Indonesia telah mengeluarkan fatwa bahawa penggunaannya adalah halal. Sebaliknya, Jabatan Mufti Negara Brunei Darussalam memutuskan fatwa yang berlawanan iaitu haram. Kewujudan fatwa yang berbeza dalam aspek halal dan haram sudah pasti menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna Islam. Artikel ini bertujuan menganalisis fatwa-fatwa mengenai bahan pewarna cochineal di beberapa negara ASEAN terpilih iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei. Metodologi yang digunakan ialah analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan terdapat beberapa faktor yang membawa kepada perbezaan fatwa iaitu, i.e- kefahaman berbeza berhubung status kenajisan bangkai serangga yang darahnya tidak mengalir, penggunaan metodologi istinbat fatwa yang berbeza antara negara, dan pertimbangan maslahah dan mudarat kepada pengguna. Penyelarasan fatwa boleh digerakkan di peringkat negara ASEAN menerusi pemerkasaan badan halal yang dianggotai oleh empat negara iaitu Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura (MABIMS).msPewarna MakananSeranggaCochinealHalalFatwacolourantsinsectcochinealhalalfatwaPewarna Makanan dari Serangga (Cochineal) Menurut Perspektif Halal: Analisis Fatwa di Beberapa Negara ASEANtext::journal::journal article114191