Muhammad Ammar Farhan RamlanMohd Adi Amzar Muhammad Nawawi2024-05-272024-05-272021442302773-6334https://www.qalamjournal.com/index.php/home/article/view/3https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/4004Volume :1 No:1Kajian ini memfokuskan kepada uslub al-Tanbihyang merupakan salah satu daripada asalibyang terdapat di dalam al-Quran. Ia merupakan kaedah berseni dan panduan efektif untuk tujuan komunikasi dan interaksi sesama manusia. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menarik perhatian pihak kedua iaitu orang yang ditujukan berkenaan sesuatu percakapan supaya memberi perhatian penuh serta mendengar dengan teliti berkenaan isi kandungan yang disampaikan oleh pihak pertama iaitu orang yang bercakap. Oleh demikian, kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah analisis dokumen sebagai kaedah utama pemerolehan data. Seterusnya, data-data yang diperolehi dikumpul dan dianalisis bagi menghasilkan kaedah-kaedah uslub al-Tanbihbersumberkan pandangan para ulama lughah, ‘ulumal-Qur’andan mufassirin. Hasil kajian ini telah menemukan beberapa asalibatau gaya bahasa uslub al-Tanbih yang terdapat dalam al-Quran iaitu uslub al-Istifham, uslub al-Tikrar, huruf hijai’iyyahdan juga uslub al-du‘a’. Justeru, kajian ini telah membuktikan bahawa al-Quran adalah kitab mukjizat yang datang daripada Allah SWT dari sudut keindahan bahasa al-Quran dan kefasihannya. Turut dibuktikan juga bahawa al-Quran adalah sebaik-baik panduan bagi umat manusia dari segenap aspek dalam menjalani kehidupan seharian..othervariasi pemaknaan, uslub, al-Tanbih, al-Quran.Variasi Pemaknaan Uslub Al-tanbih Dalam Al-quranVariation Of Meaning Uslub Al-Tanbih In Al-Qur’anArticle132511