Syamhanim IsmailMimi Mohaffyza MohamadNur Sofurah Mohd Faiz2024-05-302024-05-302021eISBN: 9789674408855https://drive.google.com/file/d/1EP06vRgMNMfHQIA4CB2hAZrr4AIhvfnn/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18145Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani 11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian) Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam MalaysiaPengenalan - Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) merupakan suatu kaedah pembelajaran yang menggabungkan dua medium pembelajaran iaitu pembelajaran teori di institusi pendidikan dan pengaplikasian amali di industri. melalui penggabungan dua medium pembelajaran ini dapat memberi pendedahan dan pengalaman industri yang relevan mengikut bidang pengajian yang dapat merapatkan jurang ketidaksepadanan (mismatch) di antara kehendak industri dan graduan yang dihasilkan oleh politeknik. Objektif - Kertas kerja ini mendokumentasikan penerokaan pengalaman kebolehpasaran pelajar politeknik dalam tiga tiga program perintis yang menggunakan kaedah PBK. Methodologi - Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif kajian kes dalam program Diploma Lanjutan Rangkaian, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Perubatan) dengan kepujian. Penyelidik menggunakan kaedah temubual secara mendalam dan bersemuka dengan peserta kajian berpandukan protokol separa berstruktur terhadap tiga orang peserta kajian daripada politeknik. Hasil temubual yang telah diperolehi telah di transkrip dan dianalisis secara tematik. Dapatan – Ringkasnya, hasil daripada penerokaan pengalaman peserta kajian, penyelidik telah mendapati bahawa ketiga-tiga program telah menunjukkan kebolehpasaran siswazah yang tinggi dimana hampir kesemua siswazah telah mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian. Kepentingan - Dapatan ini diharapkan dapat memberi implikasi dengan lebih banyak program pendidikan menggunakan kaedah PBK diperkenalkan kerana ianya dapat membantu siswazah untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajianotherPembelajaran berasaskan kerja; politeknik; kebolehpasaran; siswazahImpak Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Kerja di Politeknik Dalam Kebolehpasaran GraduanArticle321333