Mohd Zahir Abdul RahmanAhmad Murshidi MustaphaShah Rizul Izyan Bt Zulkiply2024-05-302024-05-302021-10-062811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16872PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021 “ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES” 6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H Faculty of Quranic and Sunnah Studies Universiti Sains Islam MalaysiaMasalah waswas sudah menjadi persoalan oleh para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam sorotan Hadith Nabawiyyah dan sehingga kini waswas masih menjadi ancaman besar bagi umat Islam. Perkara ini dibuktikan menerusi surah al-Nas agar manusia memohon perlindungan Allah dari gangguan waswas dari tiga sifat Allah yang Mulia iaitu Rububiyyah Allah sebagai Pemelihara manusia, Mulkiyah Allah sebagai Raja manusia dan Uluhiyyah Allah sebagai Tuhan manusia. Sebaliknya, menerusi surah al-Falaq hanya ditegaskan agar memohon perlindungan dengan satu sifat Allah dari lima bahaya. Di sini cukup untuk menggambarkan bahawa ancaman yang dibawa oleh waswas tidak boleh dipandang remeh. Selain itu juga, waswas turut dikaitkan dengan salah satu dari penyakit psikiatri iaitu obsessive-compulsive disorder (OCD). Dalam istilah Arab, obsessive-compulsive disorder (OCD) dikenali sebagai waswas al-qahriy. Perkaitan antara OCD dengan waswas adalah dari sudut gangguan kepada pemikiran dan tindakan yang tidak diyakini sehingga diulangi berkali-kali. Kesan daripada OCD ini akan menyebabkan gangguan pada emosi dan juga keyakinan diri. Justeru, artikel ini cuba untuk meneroka hubungan waswas dan obsessive-compulsive disorder (OCD) dari perspektif Islam dan psikiatri moden dengan menggunakan pendekatan kualitatif secara sepenuhnya. Hasil kajian mendapati, prinsip waswas dalam Islam menjadi asas kepada pertimbangan terhadap gangguan pada penyakit obsessive-compulsive disorder (OCD) yang dibincangkan oleh psikiatri moden hari ini.otherWaswas, Obsessive-Compulsive Disorder (OCD), Penyakit psikiatri, Surah al-NasWaswas Dan Kaitanya Dengan Masalah Obsessive-Compulsive Disorder (OCD)Article939946