Wan Abdul Fattah Bin Wan IsmailZul Hilmi Bin AbdullahNurfadhilah Che AmaniLukmanul Hakim Bin Hj HanafiAbd Hamid Abd MuradLukman Bin Abdul MutalibMadihah Binti Mohammad Khir2024-05-272024-05-272015--2289-8042http://journal.kuis.edu.my/jsass/issues/jsass-vol-2-bil-1-2015https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/3902Dokumen merupakan kaedah pembuktian yang terpenting pada hari ini. Ciri-ciri dokumen yang bersifat kekal dan jelas sekalipun dalam tempoh yang lama menjadikan ia sebagai pilihan untuk dijadikan bukti dalam banyak urusan. Oleh kerana itulah, terdapat pihak memalsukan dokumen dengan tujuan mendapat keuntungan atau menganiayai orang lain. Kertas kerja ini akan menerangkan konsep dokumen dan pemalsuannya, bentuk-bentuk pemalsuan serta hukuman bagi yang disabitkan kesalahan menurut fiqh dan perundangan. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan mixed-method, iaitu campuran pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Responden yang terdiri daripada hakim syarie, pegawai Syariah, peguam syarie, pensyarah serta pelajar Syariah dan undang-undang di Negeri Selangor, Negeri Sembilan serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Berdasarkan kaji selidik yang telah dijalankan, bentuk-bentuk penipuan dan pemalsuan yang paling tinggi berlaku dewasa ini ialah sijil sakit, diikuti tandatangan, memasukkan keterangan palsu dan pengubahan fakta. Selain itu, persepsi responden terhadap bentuk-bentuk penipuan dan pemalsuan adalah pada tahap sederhana iaitu min = 2.45 dan sp 1.07. Terdapat pelbagai bentuk pemalsuan dokumen dewasa ini dan ia berubah mengikut kemudahan semasa. Tidak dinafikan pemalsuan dokumen memberi kesan yang besar khususnya kepada pihak yang dizalimi. Oleh itu mengenali bentuk-bentuk dokumen amat penting bagi memudahkan proses pengecaman antara dokumen atau sebaliknya. Pengamal undang-undang syariah perlu didedahkan dengan secara serius mengenai pemalsuan dokumen dan bentuk-bentuknya supaya mereka dapat membuat keputusan tepat dalam penghakiman.otherDokumen dan Bentuk-Bentuk PemalsuanBentuk-bentuk Pemalsuan Dokumen Menurut Fiqh Dan Perundangan Islam Di Malaysia: Satu AnalisaArticle253621