Muhammad Syahir Ilham RazaliMuhammad Razif AzizWan Azmi Wan Omar2024-09-042024-09-042024Muhammad Raqib Mohd Sofian, Siti Suriani Othman, Safiyyah Sabri, Osama Kanaker, & Ihab Ahmed Ra’uf Awais (Eds.). (2024). In 4th International Conference on Islam, Media and Communication (ICIMac 2024) (pp. 1–501).https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/22326E-Proceeding of 4th International Conference on Islam, Media and Communication (ICIMac 2024): “Communication & Digitisation in Madani Society”/ Muhammad Raqib Mohd Sofian, Siti Suriani Othman, Safiyyah Sabri, Osama Kanaker & Ihab Ahmed Ra’uf Awais. 5th March 2024 Organized by : Faculty of Leadership & ManagementSyahadah adalah salah satu konsep kunci dalam Islam yang sangat penting dalam kehidupan seseorang yang memegang gelaran Muslim. Syahadah juga merupakan Rukun Islam yang pertama mendahului rukun-rukun terkemudian. Setiap muslim perlu menguasai dua kalimah syahadah dengan sebaiknya tanpa mengira peringkat umur termasuklah kanakkanak. Namun, latar belakang pola petempatan etnik Bajau Laut yang tinggal di dalam perahu secara nomad, perbezaan bahasa pertuturan, komuniti tidak bernegara, budaya, kebolehcapaian pendakwah dan penerimaan terhadap orang asing telah dikenalpasti sebagai antara faktor yang memberi kesan terhadap pendidikan agama Islam kanak-kanak Bajau Laut, termasuklah dalam mengingat ucapan dua kalimah syahadah. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengingat dua kalimah syahadah melalui penggunaan “Dayung Syahadah”. Kajian ini dilaksanakan ke atas sepuluh orang kanak-kanak dalam kalangan suku bajau laut di Semporna, Sabah terdiri daripada 3 orang kanak-kanak lelaki dan 7 orang kanak-kanak perempuan yang terlibat dengan program Madrasah Terapung, Community and Research Based Education, IPG Kampus Tawau dan Muslim Care Malaysia. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah pemerhatian dan temu bual. Dapatan kajian mendapati penggunaan “Dayung Syahadah” menunjukkan peningkatan yang positif terhadap kanak-kanak dalam mengingat lafaz dua kalimah syahadah dengan baik. Kajian ini diharapkan dapat memantapkan pembelajaran Pendidikan Islam dalam kalangan kanak-kanak Bajau Laut khususnya dan mereka yang tidak mendapat pendidikan formal amnya.msLafaz syahadah“Dayung Syahadah”Kanak-kanak Bajau Laut.Meningkatkan Kemahiran Mengingat Lafaz Syahadah dengan Menggunakan “Dayung Syahadah” dalam Kalangan Kanak-kanak Bajau Lauttext::conference output::conference proceedings::conference paper