Aulia NaufalSyed Mohammad Chaedar Syed Abdurrahman Al-YahyaRobiatul Adawiyah Mohd@Amat2024-05-292024-05-2920192232-0431http://abqarijournal.usim.edu.my/index.php/abqari/article/view/215https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/14406Berasal daripada kata bahasa arab “ba-ra-ka” yang bermakna ianya penambahan, kebahagiaan dan tumbuh. Barakah adalah kebaikan, nikmat dan selalu bertambah, dengan disertai sifat tetap dan isitiqamahnya kebaikan tersebut, samaada pada ilmu, harta, keluarga, masa maupun yang lainnya. Semisal kita mendoakan kebarakahan kepada orang lain atau guru kita, bererti kita mendoakan agar rezeki, umur, ilmu guru kita bertambah baik. Dalam Quran kata barakah terdapat dalam 31 ayat yang tersebar ke dalam 24 surah. Ini menunjukkan akan pentingnya makna barakah dan aplikasinya barakah dalam kehidupan kita. Kebarakahan dapat diperolehi secara individu maupun institusi, dalam hal ini akan diterangkan makna barakah dalam sebuah institusi pendidikan iaitu Pondok Moden Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia dan aplikasinya, yang mana institusi Pondok ini telah berdiri pada tahun 1345 H (1926 EM). Pada dekade awal berdirinya, Gontor hanya mempunyai puluhan pelajar/santri, dan sekarang telah bertambah menjadi lebih kurang 25.000 pelajar/santri dan berkembang daripada 1 kampus menjadi 21 kampus cawangan diseluruh Indonesia dan lebih kurang 200 pondok yang didirikan alumninya dengan mengikuti metod/kurikulum Gontor. Ini menunjukkan kebarakahan dalam sebuah institusi pendidikan yang mesti kita pelajari, kaji dan selidiki, dalam kaitannya dengan pelan USIM sendiri untuk menuju dan merintis kampus barakah pada tahun 1457 H (2035 EM).otherBarakahAl-QuranGontorUSIMMakna Barakah dalam Al-Quran dan Aplikasinya di Kampus Gontor dan USIMمعنى البركة في القرآن وتطبيقها في جامعة دار السالم كنتىر وجامعة العلىم اإلسالمية الماليزيةArticle6077202