Abd Hakim MohadRos Aiza Mohd MokhtarLatifah Abdul Latiff2024-05-302024-05-302020-10-292756-8156www.penerbit.usim.edu.myhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17226Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 Paper No. BM027 501-505Tahun 2020 tercatat dalam sejarah sebagai tarikh yang sangat signifikan dalam kehidupan manusia kerana pandemik COVID-19. Sejak awal tahun hinga kini, kita disajikan dengan berita tentang penularan wabak ini, bersama dengan data jumlah jangkitan dan kematian yang berlaku di seluruh dunia. Sehingga hari ini (30/5/2020) seramai 6,047,421 orang telah dijangkiti, dengan 367,149 kematian. Hampir semua negara membuat lock-down atau kawalan pergerakan untuk memutuskan rangkaian wabak ini sebagaimana yang dicadangkan WHO. Malaysia juga tidak terkecuali, di mana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diisytiharkan bermula 18 Mac 2020 hingga 9 June 2020. Kesannya kepada masyarakat dapat dirasai dalam semua aspek kehidupan termasuklah dalam hal berkaitan agama. Makalah ini membincangkan tentang kesan COVID-19 dalam amalan solat berjemaah dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Ia adalah hasil kajian yang dibuat menggunakan kaedah kualitatif. Data yang diperoleh adalah hasil kajian perpustakaan dan temu bual dengan para agamawan dan ahli akademik. Data dianalisis secara deskriptif interpretif. Fokus perbincangan adalah pada amalan solat Jumaat, Solat Terawih dan Solat Hari Raya Aidilfitri. Kajian mendapati bahawa amalan solat berjemaah berpusat di rumah dan ketua keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam melaksanakannya. Ini adalah perubahan yang sangat signifikan dalam normal baharu amalan agama masyarakat Islam di Malaysia.otherCOVID-19,Islam,perubahan,Agama,Malaysia.Pandemik Covid-19 Dan Kesannya Kepada Amalan Solat Berjemaah Dalam Kalangan Masyarakat Islam Di MalaysiaArticle