Marzni Mohamed MokhtarMarni JamilMuhd Khaizer OmarRoshafiza Hassan2024-05-302024-05-302021eISBN: 9789674408855https://drive.google.com/file/d/1EP06vRgMNMfHQIA4CB2hAZrr4AIhvfnn/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18170Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani 11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian) Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam MalaysiaPengenalan- Suku tahun 2020 menyaksikan kemelut pandemik, Covid-19 telah menjadi pencetus ke arah perubahan gaya hidup masyarakat sejagat termasuklah Malaysia sama ada merangkumi bidang politik, ekonomi dan sosial sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi sehingga 31 Disember 2020. Perubahan secara drastik ini menyaksikan warga dunia pendidikan perlu mencari pelbagai penyelesaian alternatif bagi menangani isu pengajaran dan pembelajaran. Objektif- Kertas kerja ini mengenal pasti tahap persediaan, penilaian kualiti pengajaran, persepsi, kepuasan, dan pengalaman bakal guru Bahasa Melayu terhadap amalan baharu pelaksanaan latihan mengajar dan industri (seterusnya LMI) dalam talian. Metodologi kajian- Kajian ini adalah menggunakan reka bentuk penyelidikan kuantitatif berbentuk tinjauan deskriptif dengan menggunakan instrumen soal selidik dan disokong dengan soalan respons terbuka. Sampel kajian ini terdiri daripada bakal guru bagi Program Bacelor Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama (PBMP) iaitu kohort Raksa. Sampel kajian ini dipilih secara rawak dengan melibatkan 21 orang daripada 39 orang yang menjalani LMI. Dapatan kajian- Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap persedian, kualiti pengajaran, persepsi, kepuasan dan pengalaman terhadap amalan baharu pelaksanaan Latihan Mengajar dan Industri (LMI) dalam talian berada pada tahap tinggi. Makalah ini akan membahaskan isu kemanusiaan dan tuntutan akademik yang perlu dilunaskan oleh bakal guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pedagogi secara dalam talian. Kepentingan – Dapatan ini memberi implikasi terhadap Anjakan digitalisasi pedagogi bakal guru Bahasa Melayu memperlihatkan kebergantungan mereka secara langsung terhadap penggunaan peranti, aplikasi mahupun perisian teknologi bagi membolehkan proses penyampaian ilmu dapat dilaksanakan dalam talian. Malah, bakal guru ini dilihat giat berusaha secara kreatif dalam memvariasikan proses pengajaran dan pembelajaran secara digital sebagai memenuhi tuntutan akademik sebagai pelajar tahun akhir yang menjalani Latihan Mengajar dan Industri (LMI).otherLMI dalam talian, digitalisasi pedagogi, fizikal, psikososialAnjakan Digitalisasi Pedagogi Bakal Guru Bahasa Melayu: Pertimbangan Terhadap Aspek Fizikal Dan Psikososial Bagi Pelaksanaan LMI Dalam TalianArticle4151