Muhammad Nabil Bin Mohd FirdausMohamad Idham Bin Mohd ZakariaMuhammad Azmi Bin Muhammad SuadiSyed Najihuddin Syed Hassan2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17608E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Pada era yang kian mencabar ini, pendidikan merupakan elemen penting kepada setiap orang. Ia juga memberi perkembangan yang baik seiring berjalan dengan waktu terutamanya dalam pengajian Al-Quran. Orang Kurang Upaya (OKU) boleh didefinisikan sebagai individu yang tidak mampu menguruskan aktiviti harian mereka seperti orang normal (sama ada secara keseluruhan atau dalam bahagian), disebabkan oleh kekurangan dan kecacatan pada fizikal atau kesihatan mental mereka. Pada masa ini, kemampuan membaca Al-Quran oleh golongan OKU adalah terhad, kerana tiada pengajaran dan pembelajaran khusus. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kaedah pembelajaran dan pengajian Al- Quran untuk komuniti OKU secara bersemuka atau alam maya. Kaedah kajian adalah secara kualitatif dengan melakukan temu bual. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa wujudnya manfaat yang banyak terutamanya buat golongan OKU untuk mempelajari Al-Quran supaya golongan ini tidak dipinggirkan dan dapat melangkah bersama mengikuti ilmu berkaitan agama. Diharapkan agar kajian ini dapat dikembangkan lagi oleh para pengkaji untuk mengkaji lebih lanjut berkenaan komuniti OKU pada masa akan datang.otherPengajian Online, Al Quran, Perkembangan Al Quran, Komuniti OKU.Kajian Kelas Pengajian Quran bagi Komuniti OKU PekakArticle219225