Mohd Syarifuddin Bin Jamaludin2025-03-042025-03-042024Mohd Syarifuddin Bin Jamaludin. (2024). Hasil Dalalah dan Hukum Daripada Perbuatan Nabi Saw Baring di Atas Rusuk Kanan Selepas Solat Sunat Subuh . International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (9th), 258–269. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/214https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/214https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/26449E-Proceeding The9th International Conference on Nabawi Heritage(SWAN 2024) Theme: Prophetic Legacy in Development of Civil Society in the Era of Artificial Intelligence (AI) 6-7 November 2024Perbuatan Nabi SAW yang terbit daripadanya terbahagi kepada beberapa jenis, sama ada perbuatan tersebut perbuatan yang al-Syar’ie iaitu terbit daripada sifatnya sebagai Nabi, atau perbuatan yang al-Jibilli iaitu terbit berdasarkan kepada tabiat kemanusiaan, atau perbuatan yang samar-samar diantara al-Jibilli dan al-Syar’ie atau perbuatan yang terbit khusus bagi Nabi SAW. Jenis-jenis perbuatan tersebut menghasilkan hukum-hukum yang terbina bagi umat Islam. Objektif kajian ini bertujuan mengkaji dalalah dan hukum yang terbina daripada hadis mengenai perbuatan Nabi SAW baring di atas rusuk kanan selepas solat sunat subuh. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis dan menghimpunkan maklumat daripada kitab-kitab hadith, kitab-kitab fiqh dan kitab-kitab usul fiqh daripada pelbagai mazhab. Hasil kajian mendapati bahawa Ulama berselisih pendapat di dalam hukum bagi perbuatan baring di atas rusuk kanan selepas solat sunat subuh kerana perbezaan kefahaman dalalah perbuatan tersebut yang dilakukan oleh Nabi SAW. Kajian turut menghasilkan bahawa hukum yang menyatakan bahawa perbuatan tersebut adalah wajib dan bid’ah adalah pandangan yang lemah. Manakala pandangan yang mu’tabar di dalam masalah ini adalah di antara hukum sunat dan harus. Kajian ini memberi sumbangan terhadap memahami dalalah perbuatan Nabi SAW baring di atas rusuk kanan selepas solat sunat subuh, memahami punca perbezaan pendapat Ulama mengenai hukum perbuatan tersebut bagi umat Islam dan merungkai pandangan syaz yang terbina di dalam permasalahan ini.msbaringdalalahNabiperbuatansubuhsunat.Hasil Dalalah dan Hukum Daripada Perbuatan Nabi Saw Baring di Atas Rusuk Kanan Selepas Solat Sunat Subuhtext::conference output::conference proceedings::conference paper