Norhana AhadMohammad Fahmi Abdul HamidKhairul Azhar MeeranganiAmran Abdul Halim2024-05-282024-05-282021-04Ahad , N. ., Abdul Hamid , M. F. ., Meerangani, K. A. ., & Abdul Halim, A. (2021). Penggunaan Inovasi D.O.M (Dissolution of Marriage) Smart Cycle dalam Meningkatkan Kefahaman Modul Pendidikan Islam 2 Sijil Kolej Komuniti. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 8(1), 175–197. Retrieved from https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/362289-7909https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/36https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6290VOL. 8 NO.1(April 2021): pp 175-197Modul Pendidikan Islam 2 (MPU 1331) merupakan subjek wajib bagi pelajar Kolej Komuniti Malaysia. Kandungan modul ini memfokuskan tentang aspek munakahat dalam Islam iaitu dari urusan awal pernikahan sehingga pembubaran perkahwinan. Topik pembubaran perkahwinan ini menunjukkan tahap penguasaan dan kefahaman yang berbeza kalangan pelajar. Ini kerana perbincangan di bahagian ini yang sarat dengan fakta khusus telah menyebabkan kurangnya penguasaan dan kefahaman di kalangan pelajar. Impaknya dapat dilihat pada peratusan yang rendah bagi hasil pembelajaran kursus (CLO) topik ini sekaligus menunjukkan kelemahan pelajar menguasai topik tersebut. Justeru, tujuan utama kajian ini untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan inovasi D.O.M (Dissolution Of Marriage) SMART CYCLE yang direka khusus sebagai alternatif alat bantu mengajar dalam membantu peningkatan kefahaman modul Pendidikan Islam 2. Menggunakan pendekatan kuantitatif, melalui edaran soal selidik kepada 75 orang pelajar yang mengambil modul Pendidikan Islam 2 di Kolej Komuniti terpilih. Seterusnya, analisis min dan korelasi telah digunakan dalam kajian ini. Dapatan menunjukkan persepsi positif pelajar terhadap keberkesanan penggunaan inovasi D.O.M dengan skor min 4.76, selain daripada nilai hubungan signifikan antara kefahaman dan keberkesanan yang menjelaskan keberkesanan inovasi ini dalam meningkatkan kefahaman pelajar tentang topik pembubaran perkahwinan dalam Modul Pendidikan Islam 2.otherInovasi; Kefahaman; Pendidikan Islam; Sijil; Kolej Komuniti.Penggunaan Inovasi D.O.M (Dissolution of Marriage) Smart Cycle dalam Meningkatkan Kefahaman Modul Pendidikan Islam 2 Sijil Kolej KomunitiArticle17519781