Norwardatun Mohamed RazaliSiti Rosilawati RamlanMaisarah Saidin2024-05-302024-05-302021-10-062811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16866PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021 “ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES” 6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H Faculty of Quranic and Sunnah Studies Universiti Sains Islam MalaysiaPenerapan bacaan al-Quran terhadap kanak-kanak telah diterapkan oleh ibubapa seawal usia empat tahun. Usaha ini diteruskan di peringkat sekolah rendah bermula usia 7 tahun sehingga 12 tahun dengan silibus j-QAF di sekolah rendah kebangsaan harian dan juga tambahan kelas KAFA di sekolah rendah agama rakyat. Namun begitu, keberkesanan silibus tajwid terhadap keupayaan bacaan al-Quran pelajar masih di tahap tidak memuaskan. Guru yang tidak berkemahiran dan kaedah pengajaran serta pembelajaran yang kurang berkesan merupakan antara faktor penyumbang kepada kelemahan penguasaan bacaan al-Quran. Kajian ini bertujuan meninjau tahap kemahiran bacaan al-Quran di kalangan pelajar sekolah menengah harian. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah pengumpulan dokumentasi daripada kajian-kajian lalu yang menyentuh berkaitan kemahiran bacaan al-Quran. Hasil kajian mendapati masih ramai pelajar Sekolah Menengah harian yang tidak menguasai bacaan al-Quran secara bertajwid walaupun telah mempelajari al-Quran selama tujuh tahun. Kesimpulannya, silibus dan metod penyampaian ilmu tajwid perlu dikaji semula dengan metod pembelajaran serentak bagi menguasai hukum tajwid dan kelancaran bacaan al-Quran dengan kaedah talaqqi dan musyafahah menggunakan alat bantuan mengajar modul latihan kendiri tajwid baharu.otherTajwid, Al-Quran, Sekolah.Kemahiran Bacaan Al-Quran Secara Bertajwid Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Harian : Satu Tinjauan AwalArticle523530