Emilia Binti ManMohammad Aziz Shah Bin Mohamed AripAhmad Jazimin Bin JusohAhmad Yunus2024-05-302024-05-302024Emilia Man, Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Ahmad Jazimin Jusoh, & Ahmad Yunus. (2024). Kesan Modul Kaunseling Intervensi Motivational Interviewing Berasaskan Cognitive Behaviour Therapy Terhadap Tahap Motivasi dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah. E-Proceeding Postgraduate Research Conference, 81–85. https://fkp.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/02/LATEST-PROCEEDING-PRC-2023_compressed.pdf978-629-7636-27-6https://fkp.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/02/LATEST-PROCEEDING-PRC-2023_compressed.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16329E-Proceeding Postgraduate Research Conference (PRC2023) : “Sustainable Education & Human Well-Being”/ editors: Roslee Ahmad , Khadijah Muda, Md Yousuf Ali, Ihab Ahmed Ra’uf Awais, Abdul Rashid Abdul Aziz, Ainul Mardhiah Mokhtar, Nurun Najihah Musa, Puteri Nazirah Amran, Fatin Muti’ah Mohamed Ishak Organized by: Faculty of Leadership and ManagementPendekatan kaunseling intervensi dilihat dapat menangani isu peningakatan motivasi untuk berubah murid di sekolah. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan mengukur kesan rawatan kaunseling intervensi dengan menggunakan pendekatan integrasi di antara Motivational Interviewing dan Cognitive Behaviour Therapy dalam meningkatkan tahap motivasi berubah. Kajian ini dijalankan terhadap pelajar tingkatan empat di dua buah sekolah menengah di daerah Klang, Selangor. Soal selidik yang digunakan mengandungi maklumat peribadi dan tiga soal selidik kajian iaitu yang menjurus kepada konstruk kajian seperti Soal Selidik Tahap Motivasi Berubah. Kaedah Cronbach Alpha Koefisien digunakan bagi mendapatkan data kebolehpercayaan pada nilai kebolehpercayaan Aplha <p 0.05. Kajian kuasi ekperimen ini melibatkan seramai 99 subjek dipilih memasuki dua jenis kelompok rawatan iaitu Kaunseling Bimbingan Kelompok Besar (KBKB) serta Kaunseling Bimbingan Kelompok Kecil (KBKK) dan satu kelompok kawalan (KK). Subjek kajian berumur 16 tahun dan merupakan murid sekolah menengah harian biasa. Subjek rawatan KBKB ialah 33 orang pelajar yang dibahagikan kepada tiga kelompok besar (R1a=11, R1b=11 dan R1c=11), KBKK seramai 33 orang murid dalam satu kelompok kecil (R2=33) dan satu kelompok kawalan (KK=33). Subjek kelompok rawatan diberi sepuluh sesi kelompok mingguan, dalam masa 10 minggu. Data kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif, ANOVA, MANOVA, MANCOVA dan Post Hoc jenis Tukey pada aras signifikan 0.01 dan 0.05. Dapatan kajian mendapati rawatan KBKK dan KBKB berkesan dalam mengurangkan pemboleh ubah bersandar tahap motivasi untuk berubah, berbanding kelompok kawalan. Kelompok rawatan KBKK didapati lebih berkesan berbanding rawatan KBKB. Implikasi melalui kajian ini akan meningkatkan pemahaman berkaitan proses perubahan motivasi pada kalangan pelajar. Selain itu, ia juga akan dapat membantu mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) melalui perancangan strategik di sekolah yang menekankan pengembangan potensi murid ke tahap optimum.otherMotivational Interviewing, Cognitive Behaviour Therapy, Brief Therapy, Stages of ChangeKesan Modul Kaunseling Intervensi Motivational Interviewing Berasaskan Cognitive Behaviour Therapy Terhadap Tahap Motivasi dalam Kalangan Murid Sekolah MenengahThe Effect of Counseling Module Intervention Motivational Interviewing Based on Cognitive Behavior Therapy on the Level of Motivation among Secondary School StudentsArticle8185