Hussein ‘Azeemi Abdullah ThaidiMuhamad Firdaus Ab Rahman,Muhamad Firdaus Ab RahmanAzman Ab RahmanHuda Mansor2024-05-312024-05-312021-09-09https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18485Papers In MALAY Language Date: 9 September 2021 Platform: MSTeams, USIM Nilai, Negeri Sembilan, MalaysiaWawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) menggariskan beberapa objektif antaranya untuk menstruktur semula ekonomi yang progresif, menangani jurang ekonomi antara masyarakat dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu dan makmur. Namun dengan berlakunya pandemik COVID-19 yang mengancam nyawa telah sedikit sebanyak menganggu usaha merealisasikan objektif WKB 2030. Islam telah menggariskan konsep hifz al-nafs yang perlu dicapai bagi memelihara nyawa manusia. Walau bagaimanapun, masih tidak jelas bagaimanakah pencapaian hifz al-nafs dapat dilakukan ketika berlakunya bencana pandemik. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kaedah bagi melaksanakan hifz al-nafs dalam konteks pandemik. Kaedah metodologi kepustakaan, induktif dan deduktif digunakan secara konsisten. Hasil kajian menunjukkan bahawa hifz al-nafs boleh dilaksanakan dan dicapai melalui konsep wasilah mengikut isu, konteks and realiti yang spesifik. Kajian ini mencadangkan tiga wasilah utama untuk mencapai hifz al-nafs dalam ketika pandemik. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan rujukan oleh para pengkaji dan pembuat dasar. Kata kunci: Maqasid Syariah, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030), hifz al-nafs, penjagaan kesihatan.otherMaqasid Syariah,Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030),hifz al-nafs,penjagaan kesihatan.Pencapaian Maqasid Hifz Al-Nafs Ketika Pandemik Ke Arah Merealisasikan WKB 2030Other