Azid, M. A.M. A.AzidAhmad, K.K.AhmadMd Ariffin, M. F.M. F.Md AriffinDahaman @ Dahlan, M. A.M. A.Dahaman @ Dahlan2024-05-292024-05-2920191823-4356http://jmqs.usim.edu.my/index.php/jmqs/article/view/171https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/14765Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis merupakan salah satu daripada institusi-institusi fatwa di Malaysia. Ia berperanan bagi memutuskan fatwa berkaitan hal ehwal Islam di negeri Perlis yang belum ada ketentuan hukumnya. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mempunyai keistimewaan yang tersendiri dalam aspek sumber rujukan dan ambilan hukum fatwa bagi mereka. Hal ini kerana, al-Quran dan hadis dijadikan asas utama dalam berfatwa berbanding pendekatan mazhabi yang diamalkan oleh institusi-institusi fatwa yang lain di Malaysia. Asas ini berdasarkan peruntukan daripada Seksyen 54 ceraian 1 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Perlis) 2006 yang menetapkan al-Quran dan hadis sebagai rujukan utama dalam berfatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis. Begitu juga fatwa yang bertajuk “Keputusan Fatwa Mengenai Ahli Sunnah Wa al-jama’ah” yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis turut menyenaraikan hadis sebagai sumber rujukan dan ambilan hukum bagi Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis. Namun, di dalam enakmen dan fatwa di atas, tidak dijelaskan secara terperinci apa yang dimaksudkan hadis tersebut serta bagaiamana hadis tersebut perlu dipraktikkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi meneliti tafsiran kepada maksud hadis ṣaḥīḥ, mursaldan ḍa‘īfmenurut perspektif dan amalan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis serta merungkaikan pendekatan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengaplikasikan hadis dalam berfatwa. Kajian ini menggunakan metode kualitatif berdasarkan kajian perpustakaan dantemu bual. Hasil kajian mendapati, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis menerima pakai tiga kategori hadis sebagai sumber rujukan ambilan hukum iaitu hadis ṣaḥīḥ(termasuk hāṣan), mursaldan ḍa‘īf(ringan). Bagi pendekatan mengaplikasikan hadis dalam berfatwapula, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengutamakan zahir teks terlebih dahulu sebelum berpindah kepada kaedah-kaedah memahami hadis yang lain.HadisSumber RujukanSumber Ambilan HukumFatwaHadis Sebagai Sumber Rujukan dan Ambilan Hukum bagi Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis: Kedudukan dan AplikasiArticle114152