Ain Sofiah Binti RosliNor Awatif Binti ZahidNurazura Binti OthmanSyed Najihuddin Syed Hassan2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17584E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Al-Qawwam merupakan sifat yang penting dan perlu ada pada seorang lelaki. Menurut Ibn Kathir perkataan Al- Qawwam membawa makna pemimpin, pembesar, penguasa dan pendidik yang senantiasa mengurusi dan bertanggungjawab dalam sesuatu perkara. Umat Islam sendiri memiliki tokoh panutan yang tidak asing lagi iaitu Rasulullah sebagai contoh tauladan Al-Qawwam yang patut diikuti oleh pemimpin sesuatu organisasi. Namun pada masa kini pemuda-pemuda Islam tidak lagi menjadikan Rasulullah sebagai ikon utama dalam panduan kehidupan bahkan artis-artis bukan Islam diangkat menjadi idola. Hal ini dapat dilihat bahawa banyak keruntuhan organisasi kekeluargaan berlaku pada masyarakat dan negara. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui tentang sifat al-Qawwam dari aspek kehidupan Rasulullah agar dapat dipraktikkan oleh pemimpin dan memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif iaitu melalui kajian di perpustakaan dan bahan-bahan rujukan melalui internet. Hasil kajian ini mendapati dengan adanya sifat Al-Qawwam pada pemimpin-pemimpin sesuatu organisasi mampu memberi impak positif kepada keluarga, masyarakat dan negara bahkan mampu menarik orang bukan Islam untuk mengenal keindahan agama ini. Kesimpulannya, para pemimpin khususnya para lelaki mestilah berusaha untuk menjadi insan yang melindungi, membimbing, dan menjadi ketua yang bertanggungjawab dalam mengukuhkan sesuatu organisasi.otherRasulullah, Al-Qawwam, Ikon, PemimpinRasulullah sebagai Ikon Al-QawwamArticle8959043