Samsudin, N. H.N. H.SamsudinAbdul Wahid, P. R.P. R.Abdul WahidJa'afar, S.S.Ja'afarYaakub, M. T.M. T.Yaakub2024-05-302024-05-3020170127-7871http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/40https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15086Makalah ini membicarakan tentang tahap keupayaan kognitif bacaan dalam pembelajaran bahasa Melayu kanak-kanak pemulihan khas. Keupayaan kognitif dalam kalangan kanak-kanak pemulihan khas diuji berdasarkan aspek bacaan, iaitu dengan mengaplikasikan kemahiran mengenal pasti, memahami, dan mengaplikasi seperti yang terdapat dalam Taksonomi Bloom. Kajian ini juga menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam pengumpulan data. Subjek yang dipilih merupakan lapan orang pelajar darjah tiga yang mengikuti kelas pemulihan khas di Puchong, Selangor. Instrumen yang digunakan ialah ujian lisan dan bukan lisan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa keupayaan mengaplikasi merupakan keupayaan yang paling dikuasai oleh subjek kajian dalam kemahiran kognitif, iaitu sebanyak 99.58 peratus, diikuti oleh keupayaan memahami 95.36 peratus, dan keupayaan mengingat 95.8 peratus. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap keupayaan kognitif kanak-kanak pemulihan khas bukan hanya diukur daripada kelancaran bacaan sahaja, malah keupayaan mengenal pasti huruf, memahami bunyi huruf, dan mengaplikasi tatabahasa turut diambil kira.Kognitif BacaanKanak-Kanak Pemulihan KhasPembelajaran Bahasa MelayuTahap Keupayaan Kognitif Bacaan Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Kanak-Kanak Pemulihan KhasArticle818722