Nur Amirah Che SohNoor Safizar Mohd NorTengku Ainul Farha TengkuMardian Shah OmarMohd Daud Ibrahim2024-05-302024-05-302022eISBN: 9789670001654https://drive.google.com/file/d/1L4brIrMm4U_76q6HAADpvnwOEx2yhZyZ/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18054E-Prosiding Seminar Pengantarabangsaan Pengajian Tinggi 2022 (SPPT 2022) : “Melonjakkan Aspirasi Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi Yang Mampan”/ Editor: Rezki Perdani Sawai, Anita Ismail, Junaidah Abu Seman, Ahmad Fadly Nurullah Rasedee, Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali 29 September 2022 Anjuran Bersama: Bahagian Education Malaysia dan USIM AlamiyyahMatlamat penawaran kursus Bahasa Melayu Komunikasi oleh Kementerian Pengajian Tinggi di IPTA dan IPTS adalah bertujuan untuk membantu pelajar asing supaya dapat bertutur dengan menggunakan Bahasa Melayu mudah serta dapat membiasakan diri dengan budaya dan kehidupan di Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa permasalahan yang didapati berlaku semasa pelajar mengikuti kursus ini selama satu semester. Hal ini kerana, kursus Bahasa Melayu Komunikasi merangkumi komponen linguistik yang menjadi teras utama dalam pembelajaran bahasa dan pada masa yang sama terdapat juga beberapa elemen budaya Melayu yang bercanggah dengan budaya penutur asing yang tidak tepat apabila diterjemahkan menerusi aplikasi sedia ada dalam laman web. Oleh itu, objektif makalah ini akan membincangkan masalah-masalah penutur asing dalam mempelajari Bahasa Melayu Komunikasi dari sudut linguistik, iaitu fonetik dan fonologi, morfologi serta sintaksis. Makalah ini akan menggunakan video tugasan akhir yang dihasilkan oleh pelajar Bahasa Melayu Komunikasi di Universiti Xiamen Malaysia sebagai data kajian. Perbincangan akan dibahagikan mengikut komponen linguistik supaya permasalahan yang timbul dapat dijelaskan dari sudut bahasa secara khusus. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat masalah yang timbul semasa proses pembelajaran semasa penutur asing mengikut kursus Bahasa Melayu Komunikasi, namun permasalahan ini dapat diselesaikan sekiranya elemen linguistik diambilkira dalam pengajaran kursus ini.otherBahasa Melayu; penutur asing; linguistik; komunikasi; budayaIsu Linguistik dalam Bahasa Melayu Komunikasi Penutur AsingArticle208216