Muhammad Faiq Mohd ZailaniMohammad Naqib HamdanAimi Nadia Mohd YusofNur Najwa Hanani Abdul Rahman2024-05-312024-05-312022e-ISBN : 9789670001746https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18291E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2022 “Melestari Turath, Memartabat Falsafah, Memacu Peradaban”/ editor : Anita Ismail, Farah Laili Muda @ Ismail, Mashitah Sulaiman 19 Oktober 2022 (Secara Dalam Talian) Anjuran : Pusat Pengajian Teras Malaysia (USIM) Dengan Kerjasama :Institut Sains Islam (ISI), USIM, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei dan Universiti Islam Negeri (UIN), Sunan Kalijaga, Yokyakarta IndonesiaKonsep mencampurkan manusia-haiwan tidak asing lagi dalam dunia sains bioperubatan. Tambahan pula, usaha untuk mencampurkan sel manusia dengan haiwan sudah lama dilakukan oleh saintis untuk mengkaji penyakit manusia. Namun, timbul persoalan sekiranya percampuran manusia-haiwan boleh mengakibatkan haiwan tersebut mempunyai ciri-ciri manusia seperti ciri-ciri kognitif dan fizikal manusia. Maka, ahli bioetika dan ahli falsafah mula mengemukakan kesan daripada percampuran manusia-haiwan terhadap kemanusiaan dan status moral manusia. Antaranya yang mengatakan manusia-haiwan ini adalah manusia dan juga ada yang mengatakan sebaliknya. Hal ini juga boleh memberi impaks terhadap meletakkan hukum-hakam Islam kepada manusia-haiwan tersebut. Justeru, seiring dengan shariah Islam yang berkembang mengikut zaman, kajian ini dijalankan untuk mengemukakan implikasi percampuran manusia-haiwan terhadap hukum-hakam shariah menerusi analisis tematik terhadap kitab-kitab fiqh yang membahaskan isu percampuran manusia-haiwan ini. Dengan menggunakan kalimah mutawalid, aadami dan kalbun sebagai kata kunci, tema dibentuk untuk memberi kefahaman mengenai hukum-hakam percampuran manusia-haiwan, seterusnya dapat digunakan untuk membantu dalam penentuan hukum-hakam percampuran manusia-haiwan dalam sains bioperubatan. Hasil kajian mendapati beberapa perbahasan fiqh yang membahaskan hukum-hakam manusia-haiwan dalam Mazhab Syafie. Selain itu, wujud perbezaan hukum-hakam yang melibatkan perbezaan bentuk percampuran dan lain-lain yang melibatkan manusia-haiwan.otherhukum fiqh; manusia-haiwan; sains bioperubatan; tematikAnalisis Tematik Hukum-Hakam Manusia-Haiwan di Dalam Kitab Fiqh Mazhab SyafieArticle356366