Asma’ Mohammad AzmanNur Syahirah SulaimanSyed Najihuddin Syed Hassan2024-05-302024-05-302024Syed Hassan, S. N., Hamisan@Khair, N. S., Zulkiply, S. R. I., & Mohamad Zainuzi, I. H. (Eds.). (2024). In E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024) (pp. 1–1203). Penerbit USIM.e-ISBN: 978-629-7636-32-0https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17716E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024): “Memartabatkan Masyarakat Madani Nusantara Berlandaskan Kearifan Al-Quran Dan Sunnah” / Penyunting: Syed Najihuddin Syed Hassan, Nur Saadah Hamisan@Khair, Shah Rizul Izyan Zulkiply, Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi 20-23 Januari 2024 / 8-11 Rejab 1445H Penganjur: Fakulti Pengajian Quran and Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) & Muzium Manuskrip al-Quran Narathiwat ThailandHadith merupakan sumber kedua terpenting dalam syariat Islam selepas Al-Quran. Terdapat pelbagai cabang ilmu bagi bidang hadith. Antaranya ialah sanad hadith iaitu ilmu yang berkaitan dengan perawi hadith dan matan hadith iaitu ilmu yang berkaitan dengan isi kandungan hadith. Dewasa ini, semakin ramai individu berminat dalam mengkaji hadith dengan lebih mendalam. Hal ini kerana kesedaran terhadap ilmu hadith semakin meluas dalam kalangan masyarakat. Natijahnya, telah muncul beberapa aplikasi bagi membantu kajian terhadap hadith. Salah satunya ialah aplikasi Jawami’ al-Kalim. Secara ringkasnya, Jawami’ al-Kalim merupakan satu ensiklopedia hadith yang merangkumi 1400 kitab-kitab hadith. Namun, berdasarkan pemerhatian awal, penguasaan penggunaan aplikasi Jawami’ al-Kalim dalam kalangan pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah masih berada di tahap rendah. Melalui kajian ini, pengkaji akan menerangkan tentang latar belakang aplikasi, ciri-ciri dan cara penggunaan aplikasi, faedah aplikasi dalam kajian hadith dan tahap penggunaan aplikasi ini dalam kalangan pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Untuk mendapatkan hasil yang tuntas, jenis kaedah yang akan digunakan bagi kajian ini ialah kuantitatif iaitu melaluisoal selidik dan kualitatif iaitu kajian perpustakaan. Justeru, diharap kajian ini dapat memberi manfaat yang besar terutamanya kepada para pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah bagi membantu meningkatkan pengetahuan pelajar tentang aplikasi bagi kajian dalam bidang hadith. Secara tidak langsung, aplikasi ini boleh menjadi salah satu aplikasi utama yang akan selalu digunakan oleh para pelajar.other: Aplikasi “Jawami’ al Kalim”, Hadith, pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah.Penggunaan Aplikasi Jawami’ Al-Kalim dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pengajian Quran Dan SunnahArticle336353