Abdul Rashid Abdul AzizMohd Zaliridzal ZakariaNor Hamizah Ab Razak2024-05-282024-05-282021Abdul Aziz, A. R., Zakaria, M. Z. and Ab Razak, N. H. (2021) “Faktor Pembentukan Kejeleketan dalam Pengendalian Sesi Kaunseling Kelompok”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8), pp. 69 - 79. doi: 10.47405/mjssh.v6i8.976.2504-856210.47405/mjssh.v6i8.976https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/976https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/7376Volume 6, Issue 8, (page 69-79)Kaunseling kelompok merupakan satu bentuk perhubungan menolong yang memerlukan interaksi antara ahli kelompok. Terdapat elemen yang perlu dipupuk dalam kalangan ahli kelompok bagi memastikan matlamat yang ditetapkan boleh dicapai. Kejeleketan adalah merupakan pencapaian kesepaduan yang erat dalam kalangan individu yang seterusnya dapat menghasilkan nilai kekitaan. Pembentukan perasaan ini sesama ahli kelompok adalah satu keperluan penting dalam memastikan pelaksanaan kaunseling kelompok berkesan. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kejeleketan dalam sesi kaunseling kelompok. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif menerusi analisis kandungan terhadap jurnal-jurnal berindeks tinggi seperti Scopus, Social Sciences Citation Index (SSCI) dan Science Direct. Analisis yang telah dijalankan menjelaskan antara faktor penyumbang kepada terbentuknya kejeleketan dalam sesi kaunseling kelompok adalah interaksi, penerimaan ahli, kebersamaan, saiz kelompok, perkongsian rasa, konflik dan sikap. Justeru, faktor-faktor ini perlu diberi perhatian secara jitu oleh kaunselor dalam mengendalikan sesi kaunseling kelompok dengan berkesan.otherkejeleketan, kaunseling, kaunseling kelompokFaktor Pembentukan Kejeleketan dalam Pengendalian Sesi Kaunseling KelompokContributing Factors of Cohesiveness Formation in Conducting Group Counseling SessionArticle697968