Nurul Ain HazramNur Aina AbdulahNur Al-Farhain KamaruzamanMashitah Abdul Mutalib2024-12-302024-12-3020242024-12-30Nurul Ain Hazram, Nur Aina Abdulah, Nur Al-Farhain Kamaruzaman & Mashitah Abdul Mutalib . (2024). Tinjauan Awal Keberkesanan Modul Bersepadu Kursus Pra-Perkahwinan Islam (MBKPI) Kepada Pemohon Perkahwinan Bawah Umur: Analisis Aspek Hifz Al-Nafs: A Preliminary Study on the Effectiveness of the Integrated Islamic Pre-Marriage Course for Underage Marriage Applicants: An Analysis of the Hifz al-Nafs Aspect. Journal of Muwafaqat, 7(2), 69–85. https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v7i2.1812600-8939https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v7i2.181https://muwafaqat.uis.edu.my/index.php/journal/article/view/181/133https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/25800Journal of Muwafaqat Volume: 7 No:2 (page: 69–85)Perkahwinan melibatkan kanak-kanak merupakan satu perkara yang bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di serata dunia. Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan, terdapat pelbagai kesan negatif perkahwinan kanak-kanak dari aspek psikologi dan kesihatan. Malah, kanak-kanak yang berkahwin juga menghadapi cabaran bukan sahaja dari sudut psikologi dan kesihatan fizikal, malah cabaran penyesuaian diri dalam rumahtangga dan kebarangkalian untuk perceraian juga adalah tinggi. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi membendung perkahwinan kanak-kanak supaya kemudaratan yang disebabkan oleh perkahwinan tersebut dapat dielakkan. Hasil daripada usaha yang telah dijalankan, didapati penurunan di dalam statistik yang melibatkan perkahwinan kanak-kanak. Namun begitu, perkahwinan ini masih berlaku kerana undang-undang sedia ada hakikatnya tidak dapat menghalang perkahwinan bawah umur secara mutlak. Di Malaysia, mereka yang ingin berkahwin adalah diwajibkan menduduki Kursus Pra-perkahwinan Islam yang bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai hak-hak dan tanggungjawab dalam perkahwinan. Namun begitu, kandungan kursus dan cara perlaksanaannya adalah bersifat umum kepada semua lapisan masyarakat. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis kesesuaian Modul Bersepadu Kursus Pra-perkahwinan Islam terhadap pemohon perkahwinan bawah umur dan sejauh mana aspek penjagaan nyawa (hifz al-nafs) dalam modul ini dapat membantu kanak-kanak dalam menolak kemudaratan yang mungkin berlaku dalam perkahwinan. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dengan menganalisis kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan perkahwinan bawah umur khususnya di Malaysia, dan Modul Bersepadu Kursus Pra-perkahwinan Islam (MBPKI). Artikel ini menyimpulkan bahawa Modul Bersepadu Kursus Pra-Perkahwinan Islam yang sedia ada menekankan aspek penjagaan nyawa (hifz al-nafs) dan bersesuaian dengan pemohon perkahwinan bawah umur. Namun begitu, adalah dicadangkan agar diteliti cara perlaksanaan dan penyampaian kursus pra-perkahwinan Islam terhadap kanak-kanak agar kursus yang disampaikan adalah berkesan dan dapat membantu dalam menolak kemudaratan terhadap kanak-kanak yang terlibat dalam perkahwinan tersebut.en-USHifz NafsPerkahwinan Bawah UmurModul Bersepadu Kursus Pra-perkahwinan IslamMafsadahUndang-undang keluarga IslamTinjauan Awal Keberkesanan Modul Bersepadu Kursus Pra-Perkahwinan Islam (MBKPI) Kepada Pemohon Perkahwinan Bawah Umur: Analisis Aspek Hifz Al-NafsA Preliminary Study on the Effectiveness of the Integrated Islamic Pre-Marriage Course for Underage Marriage Applicants: An Analysis of the Hifz al-Nafs Aspecttext::journal::journal article::research article698572