2024-11-142024-11-142024Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, & Nuruliza Roslan (2024). International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 . Penerbit USIM.e ISBN 978-629-7636-87-0https://istet.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/10/e-Proceedings-ISTET-2024_full_24102024.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/24860E-Proceedings of 7th International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 “Sustaining Islamic Heritage, Upholding Philosophy, Spearheading Civilisations and Immersing in Culture” / editor: Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, Nuruliza Roslan 15 – 16 Oktober 2024 ( Hibrid) Anjuran :Pusat Pengajian Teras & Institut Sains Islam (USIM) Dengan Kerjasama : Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Universiti Islam Selangor, Persatuan Sejarah Malaysia, dan Yayasan PEACEParang lading merupakan senjata orang Kedah sejak turun-temurun. Ia merupakan senjata para panglima Kedah yang direkodkan dalam Perang Musuh Bisik. Perkataan “lading” telah direkodkan di dalam kamus Melayu-Belanda-Perancis sejak abad ke-17 lagi. Selain daripada senjata, ia juga turut digunakan bagi tujuan perladangan dan pertukangan. Di Kedah, parang lading merujuk kepada sejenis parang yang mempunyai pangkal bilah yang tebal berbentuk segitiga atau “pelepah kelapa”. Bilahnya tirus di pangkal dan kembang ke hujung dalam bentuk “daun palas” dan mempunyai lentik yang dikenali diantaranya sebagai “pelepah pisang” atau “patah kepak”. Kajian ini cuba mengklasifikasikan parang lading dari segi tipologi dengan menumpukan kepada bentuk bilah dan juga hulu. Perbezaan ini juga menjadi identiti unik dan menggambarkan kepelbagaian fungsi setiap jenis parang lading. Hulunya biasanya diperbuat daripada tanduk kerbau atau kayu dan berbentuk tapak kijang atau tapak kuda. Selain daripada itu, perbandingan dengan lading yang didapati di Sumatera Barat dan beberapa contoh parang lain yang turut dipanggil “lading” atau berbentuk seakan-akan lading turut akan disentuh untuk membezakan lading Kedah dengan lading daripada daerah yang lain.msKedahladingparangsilatParang Lading: Satu Kajian Tipologi dan Perbandingan Morfologitext::conference output::conference proceedings::conference paper