Musa Bin MohamadAhmad Bazli Bin Ahmad HilmiAbdel Rahman Ibrahim SuleimanWan Ahmad Zakry Bin Wan Kamaruddin2024-05-282024-05-282019438872289-8042https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6259Menyapu muka setelah selesai daripada solat merupakan satu amalan kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat kita di Nusantara setelah berabad dan telah sebati dalam hidup muslim di sini. Namun demikian, adakah menyapu muka setelah selesai solat adalah amalan yang diambil daripada nas hadith yang sahih? Kajian analisis sanad hadith dijalankan untuk menilai kebersambungan hadith tersebut sehingga kepada Rasulullah s.a.w dan hendaklah dengan susur galur perawi yang thiqah serta dipercayai. Kajian mendapati sanad hadith ini yang dinilai melalui 6 riwayat yang dicatatkan oleh al-Tabrani di dalam al-Ausat dan al-Dua, Ibn Suni dalam `Amal al-Yaum wa al-Lailah, Abu Nu’aim dalam Hulyah dan Akhbar al-Asbahan, dan Ibn Sama’un dalam Amali ibn Sama’un melalui 3 orang perawi iaitu Kathir Ibn Sulim, Muawiyyah Ibn Qurrah dan Thabit Ibn Aslam. Ibn Hibban, Ibn Jawzi dan ulama moden al-Albani menilai hadith ini dengan menghukum palsuotherNusantara, Analisis, Hadith PalsuHadith Menyapu Muka Selepas Solat; Satu Kajian Analisis SanadArticle5285361Special Issue