Ayu Nor Azilah MohamadSiti Zaleha IbrahimWayu Nor Asikin Mohamad2024-11-132024-11-132024Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, & Nuruliza Roslan (2024). International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 . Penerbit USIM.e ISBN 978-629-7636-87-0https://istet.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/10/e-Proceedings-ISTET-2024_full_24102024.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/24821E-Proceedings of 7th International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 “Sustaining Islamic Heritage, Upholding Philosophy, Spearheading Civilisations and Immersing in Culture” / editor: Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, Nuruliza Roslan 15 – 16 Oktober 2024 ( Hibrid) Anjuran :Pusat Pengajian Teras & Institut Sains Islam (USIM) Dengan Kerjasama : Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Universiti Islam Selangor, Persatuan Sejarah Malaysia, dan Yayasan PEACEKajian ini menyoroti perkembangan persuratan Melayu dalam kerajaan Johor-Riau. Kerajaan Johor-Riau merupakan salah satu pusat penting kesusasteraan dan kebudayaan Melayu pada abad ke-18 dan ke-19. Kerajaan Johor-Riau sebagai salah satu kuasa politik dominan di rantau Melayu turut memainkan peranan besar dalam membentuk tradisi persuratan Melayu, terutama dalam menghasilkan karya-karya sastera, sejarah, dan agama. Antara yang paling menonjol ialah karya-karya seperti Hikayat Hang Tuah, Tuhfat al-Nafis dan Sulalatus Salatin. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti peranan kerajaan Johor-Riau dalam perkembangan persuratan Melayu khususnya dalam bidang kesusasteraan, sejarah dan agama. Selain itu, turut dihuraikan tentang sumbangan tokoh-tokoh persuratan dalam kerajaan Johor-Riau dalam menghasilkan karya-karya penting. Ini termasuk kandungan dan bentuk karya persuratan Melayu yang dihasilkan diperinci untuk memahami nilai budaya, keagamaan serta intelektual yang disampaikan. Metodologi yang digunakan ialah kajian kepustakaan terhadap karya-karya tersebut. Secara keseluruhannya, perkembangan persuratan Melayu dalam kerajaan Johor-Riau bukan sahaja mencerminkan kebijaksanaan dan kecerdasan intelektual masyarakat pada zaman itu, tetapi juga memberi kesan yang berkekalan dalam tradisi penulisan serta budaya Melayu hingga ke hari ini.msSorotanperkembanganPersuratan MelayuJohor-RiauSorotan Perkembangan Persuratan Melayu dalam Kerajaan Johor-Riautext::conference output::conference proceedings::conference paper