Khairul Asyraf Mohd Nathir,Khairul Asyraf Mohd NathirRosni Samah,Rosni SamahAzlan Shaiful Baharum2024-05-312024-05-312021-09-09https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18522Papers In MALAY Language Date: 9 September 2021 Platform: MSTeams, USIM Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.Kajian ini bertujuan untuk membincangkan mengenai uslub khabary menerusi lafaz gegaran (zalzalah) dalam al-Quran. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti elemen dan fokus uslub khabary bagi konteks gegaran (zalzalah) dalam al-Qur’an. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis kandungan dengan membuat penelitian terhadap teks secara tekstual dan kontekstual. Bahan kajian merupakan potongan ayat al-Qur’an yang terkandung padanya lafaz gegaran (zalzalah). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat dua konteks makna yang melibatkan lafaz gegaran (zalzalah) dalam al-Quran iaitu gegaran yang merujuk kepada gempa bumi dan gegaran yang merujuk kepada getaran hati manusia. Secara keseluruhannya, terdapat empat ayat gegaran yang menggunakan pendekatan uslub khabariy yang membawa makna haqīqiy dan majāziy. Makna haqīqiy adalah merujuk kepada gegaran kepada bumi yang akan berlaku pada hari kiamat kelak dan makna majāziy pada ayat yang lain merujuk kepada goncangan pendirian kepada hati-hati orang beriman. Kata Kunci: balaghah; uslub khabariy; lafaz; zalzalah; gegaran; getaranotherbalaghah;uslub khabariy;lafaz;zalzalah;gegaran;getaranPendekatan Uslub Khabariy Menerusi Lafaz Zalzalah Dalam Al-QuranOther