Asharaf Mohd. RamliAbdullaah JalilNorman HamdanAsmaddy HarisMohd. Aizuddin Abd. Aziz2024-05-292024-05-2920142232-1047http://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/96https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13590Pengurusan dan pentadbiran masjid di Malaysia adalah terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN). Manakala pengurusan dan pentadbiran ekonomi dan kewangan masjid- masjid diurus oleh ahli jawankuasa masjid di bawah seliaan MAIN. Terdapat masjid-masjid yang mempunyai sumber ekonomi yang kukuh yang dijana oleh hasil aset-aset wakaf seperti tanah, bangunan dan peralatan yang disewakan selain kutipan tabung-tabung khas dan am seperti tabung hari Jumaat. Namun di dalam menguruskan dana-dana masjid yang adakalanya mencecah ratusan ribu ringgit, tidak terdapat garis panduan khas Shariah untuk diikuti oleh pihak pentadbiran masjid. Ini telah menyebabkan terdapat dana-dana masjid yang bernilai tinggi beku tidak dijana dengan sebaiknya. Justeru, objektif utama kajian ini ialah untuk menganalisa fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh badan- badan fatwa samada di dalam (Malaysia) dan luar negara (Brunei) tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan pendapatan dan perbelanjaan dana-dana masjid. Dengan adanya garis panduan tersebut akan memudahkan pihak pengurusan masjid mentadbir dan mengurus dana-dana yang diperolehi. Artikel ini adalah sebahagian dari hasil penyelidikan yang dijalankan berkaitan pengurusan ekonomi dan kewangan masjid-masjid di Daerah Hulu Langat, Selangor.otherMasjidfatwawakafekonomipengurusanFatwa-Fatwa Berkaitan Pengurusan Ekonomi dan Kewangan MasjidArticle9111141