Jamadi bin SalehMuhammad Mujiburrahman bin Amir PaisalSuhaizad bin Saifuddin2026-01-072026-01-072025Jamadi Saleh, Muhammad Mujiburrahman Amir Paisal, Suhaizad Saifuddin. (2025).Analisis Perbandingan Aplikasi Bilangan Saksi di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia. International Conference on Syariah, Law and Science (CFORSJ I-CONF) - CFORSJ Procedia, 3(1), 136-147. https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjprocedia/paper/view/179https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjprocedia/paper/view/179https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28412Keterangan saksi merupakan salah satu asas penting dalam undang-undang keterangan Islam yang berperanan sebagai mekanisme utama untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan konsep kesaksian dan syarat bilangan saksi di Mahkamah Syariah dalam undang-undang keterangan serta perbandingannya dengan Mahkamah Sivil di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menumpukan kepada kajian kepustakaan dan kaedah analisis dokumen. Hasil kajian mendapati Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah yang berpandukan kepada hukum syarak menetapkan bilangan saksi tertentu mengikut jenis kes. Manakala Mahkamah Sivil yang berpandukan kepada Akta Keterangan 1950 tidak menetapkan bilangan saksi tertentu, sebaliknya menilai keterangan berdasarkan kebolehpercayaan dan nilai probatif. Keunikan undang-undang keterangan Syariah juga menekankan aspek integriti rohani melalui mekanisme sumpah (yamin) sebagai jaminan kejujuran dan tanggungjawab terhadap Allah SWT. Tambahan pula, syarat ketat terhadap saksi seperti adil, jujur, kuat ingatan dan bebas prasangka menjadikan keterangannya lebih bernilai dalam proses pembuktian. Mahkamah Sivil pula menilai kredibiliti saksi melalui proses pemeriksaan balas tanpa pensyaratan khusus terhadap status atau bilangan saksi. Oleh yang demikian, undang-undang keterangan Mahkamah Sivil lebih fleksibel dan praktikal dengan menumpukan kepada kebolehpercayaan saksi, manakala undang-undang keterangan Mahkamah Syariah lebih berhati-hati dan menyeluruh kerana menggabungkan unsur zahir dan spiritual bagi memastikan kemurnian serta kejujuran keterangan dalam usaha menegakkan keadilan. Kajian ini mencadangkan agar penambahbaikan undang-undang keterangan Syariah dilaksanakan di samping menyeragamkan aplikasi kesaksian di Mahkamah Syariah di seluruh negeri.msSyahadahwitness testimonySyariah CourtCivil Courtnumber of witnessesKeterangan saksiMahkamah SyariahMahkamah SivilBilangan saksi.Analisis Perbandingan Aplikasi Bilangan Saksi di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di MalaysiaA Comparative Analysis the Application of the Number of Witnesses in Malaysia’s Syariah and Civil Courtstext::conference output::conference proceedings::conference paper136147