Mastura Abd WahabMohammad Amir Wan Harun2024-11-132024-11-132024Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, & Nuruliza Roslan (2024). International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 . Penerbit USIM.e ISBN 978-629-7636-87-0https://istet.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/10/e-Proceedings-ISTET-2024_full_24102024.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/24818E-Proceedings of 7th International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 “Sustaining Islamic Heritage, Upholding Philosophy, Spearheading Civilisations and Immersing in Culture” / editor: Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, Nuruliza Roslan 15 – 16 Oktober 2024 ( Hibrid) Anjuran :Pusat Pengajian Teras & Institut Sains Islam (USIM) Dengan Kerjasama : Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Universiti Islam Selangor, Persatuan Sejarah Malaysia, dan Yayasan PEACEDaging sintetik merujuk kepada daging kultur dan daging berasaskan tumbuhan. Isu-isu berkaitan daging kultur khinzir dan lembu, serta daging khinzir berasaskan tumbuhan dibincangkan dari perspektif undang-undang pemakanan Islam, Buddha, dan Hindu. Artikel ini meneroka penerimaan daging sintetik dalam undang-undang pemakanan agama-agama utama ini di Malaysia. Menggunakan kaedah analisis deskriptif, hasil kajian menunjukkan bahawa Islam menghalalkan daging kultur dan daging berasaskan tumbuhan yang diambil daripada sumber halal dan disembelih mengikut hukum syarak, dengan syarat ia tidak mengandungi unsur-unsur yang menyerupai bahan haram, seperti perasa babi. Sebaliknya, walaupun daging kultur boleh dimakan, ia tidak digalakkan oleh sesetengah penganut Buddha, terutamanya mereka yang beraliran Theravada dan Mahayana, yang berpegang teguh kepada prinsip ahimsa. Namun, penganut Buddha Vajrayana atau Tibet memakan daging kerana keadaan tanah yang tidak subur untuk menanam tumbuhan dan sayuran, dan mereka menyembelih haiwan tanpa kaedah yang khusus. Penganut Hindu pula boleh memakan daging kultur sekiranya pengambilan sel haiwan tersebut tidak melibatkan tindakan mencederakan atau membunuh haiwan, sejajar dengan amalan ahimsa. Walau bagaimanapun, daging lembu kultur diharamkan kerana lembu dianggap suci dalam agama Hindu. Sementara itu, daging berasaskan tumbuhan boleh dimakan oleh semua penganut Buddha dan Hindu kerana ia selari dengan diet vegetarian yang diamalkan oleh mereka. Kesimpulannya, setiap agama mempunyai pandangan yang berbeza berdasarkan ajaran masing-masing. Kesedaran tentang undang-undang pemakanan dan isu-isu sensitif dalam setiap agama adalah penting untuk mengekalkan keharmonian hidup berbilang agama di Malaysia.msdaging sintetikdaging kulturdaging berasaskan tumbuhanundang-undang pemakananagamaDaging Sintetik dalam Undang-Undang Pemakanan (Dietary Law) Agama-Agama Utama di Malaysia: Suatu Ulasantext::conference output::conference proceedings::conference paper