Azmi SamadMuhammad Mundzir Mohd Zamri2025-12-182025-12-182025Azmi Samad ,Muhammad Mundzir Mohd Zamri. (2025). Sistem Patriarkal dalam Masyarakat Melayu di Malaysia dan Panduan Penyelesaian Menurut Perspektif Al-Quran. International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025), 711–719. https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/2811-3411https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28282International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025) : Maqasid al-Quran and the Madani Vision: A Guiding Light for Regional Serenity and Global Unity Organized by : Faculty of Quranic and Sunnah Studies, in collaboration with Nasyrul Quran and Daffodil International University, Bangladesh. Date:12-13 November 2025Kajian ini bertujuan untuk menganalisis manifestasi sistem patriarkal dalam konteks masyarakat Melayu di Malaysia dan mencadangkan panduan penyelesaian berasaskan kerangka Al-Quran. Sistem patriarkal, yang meletakkan lelaki sebagai pusat kuasa dan autoriti utama, telah lama berada dalam struktur sosial, adat resam, dan institusi kekeluargaan Melayu terutamanya di Malaysia. Walaupun sering berlaku kesalahfahaman terhadap sebahagian daripada nilai Islam, sistem ini sebenarnya banyak berpunca daripada stereotaip budaya dan pentafsiran teks agama yang terpilih. Melalui kaedah analisis kandungan terhadap teks Al-Quran serta sorotan literatur berkaitan sosiobudaya Melayu di Malaysia, kajian ini mendapati bahawa patriarki telah mengekang potensi diri wanita, mengehadkan keterlibatan mereka dalam pelbagai sektor, dan mengukuhkan stereotaip gender. Namun, Al-Quran sebagai panduan komprehensif, menawarkan paradigma yang seimbang dan adil. Penyelesaian yang dikemukakan merangkumi pentafsiran semula konsep qiwamah (tanggungjawab penjagaan) yang bersifat timbal balik, pengukuhan konsep shura (musyawarah) dalam pembuatan keputusan keluarga, penegasan prinsip kesamarataan martabat kemanusiaan (karamah insaniyah), serta pelaksanaan keadilan (‘adl) dalam semua aspek hubungan gender. Kajian ini menyimpulkan bahawa analisis terhadap sistem patriarkal memerlukan usaha yang integratif antara pembacaan semula teks suci yang kontekstual dan transformasi sosio-budaya yang selari dengan semangat Al-Quran yang bersifat universal.msPatriarkiMasyarakat MelayuAl-QuranGender.PatriarchyMalay SocietySistem Patriarkal dalam Masyarakat Melayu di Malaysia dan Panduan Penyelesaian Menurut Perspektif Al-Qurantext::conference output::conference proceedings::conference paper711719