Zainora DaudAnuar HasinNorazman AliasSolehah Hasbollah2024-05-302024-05-302020-10-292756-8156https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17234Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 Paper No. BM034 572-584Kepelbagaian aplikasi al-Quran dalam sistem android yang dibangunkan dalam telefon pintar semakin mendapat sambutan yang amat baik dalam kalangan umat Islam. Ia menjadi salah satu alat alternatif yang memberi impak positif di dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti bacaan al-Quran. Namun begitu konsep talaqqi dan musyafahah wajib dijadikan asas keperluan dalam peringkat pendidikan al-Quran sebagaimana yang telah dipraktikkan sejak zaman Rasulullah SAW, sahabat, tabiā€™in serta masa kini. Objektif kertas kerja ini adalah untuk mengenalpasti latarbelakang pelajar dan mengkaji persepsi pelajar terhadap penggunaan aplikasi al-Quran dalam telefon pintar. Seramai 84 orang pelajar tahun akhir, program Pengajian Quran dengan Multimedia dengan Kepujian, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM telah menjawab soal selidik. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa 79.8% pelajar lebih suka memilih untuk membaca al-Quran dengan menggunakan mashaf al-Quran. Namun begitu majoriti pelajar 86.9% memiliki aplikasi al-Quran di dalam telefon pintar. Ini menunjukkan bahawa kewujudan aplikasi al-Quran dalam sistem android menjadi salah satu keperluan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar, tetapi sebagai satu alternatif dalam rutin harian mereka kerana faktor-faktor latar belakang, pendidikan dan suasana persekitaran menyebabkan fasiliti penggunaan mashaf al-Quran menjadi satu medium terpenting dalam bacaan al-Quran. Kesimpulannya teknologi komunikasi yang giat berkembang dalam versi telefon pintar boleh menjadi salah satu alternatif dalam mempelbagaikan alat bantu mengajar serta memenuhi keperluan gaya hidup masa kini.otherPenggunaan,Aplikasi al-Quran,Persepsi,Fakulti Pengajian Quran dan SunnahPersepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Aplikasi Al-Quran Dalam Telefon PintarArticle572584