Nazrul Azlan Abdul Samat2024-05-312024-05-3120199789675852442http://ppt.usim.edu.my/wp-content/uploads/2019/11/eProsiding-i-STET-2019-latest.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18242E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2019 “Memartabatkan Turath Islami, Memacu Tamadun Multi Etnik”/ Penyunting : Mohd Azmir Mohd Nizah, Mashitah Sulaiman, Adibah Sulaiman @ Mohamad 19 Oktober 2019 (Pusat Pengajian Teras, USIM) Anjuran : Pusat Pengajian Teras Dengan Kerjasama: Pusat Wakaf dan Zakat, USIM dan Yayasan Taqwa Wilayah PersekutuanIslam telah menggalakkan kepada pengikut-pengikutnya untuk melakukan perkara-perkara yang baik secara konsisten kerana Allah S.W.T telah berjanji untuk memberi ganjaran-ganjaran tanpa hitung di dalam banyak ayat al-Quran seperti di dalam Surah Az-Zumar (39:10) dan At-Tiin (95:6). Kertas ini bertujuan untuk menunjukkan bagaimana teori had boleh membuktikan ganjaran-ganjaran tanpa had boleh diberikan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang melakukan perbuatan-perbuatan yang baik. Oleh kerana arah panduan kita di dalam dunia ini berdasarkan jalan yang lurus seperti yang dinyatakan di dalam Surah Al-Faatihah (1:6), maka kami menggunakan fungsi linear, iaitu f(x) = mx+ C, di mana m merujuk kepada kecerunan positif dan C adalah pemalar yang positif. Kami mengandaikan f(x) merupakan jumlah ganjaran-ganjaran dan x merupakan jumlah perkara-perkara yang baik yang dilakukan oleh seorang Muslim. Apabila x menghampiri nilai infiniti ( 𝑥→∞), maka kami akan menggunakan teori had pada infiniti untuk menghasilkan keputusan seperti berikut ℎ𝑎𝑑𝑥→∞𝑓(𝑥)=∞. Kami menyimpulkan bahawa teori had pada infiniti membantu kita untuk membuktikan bahawa ganjaran-ganjaran tanpa had akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada umat-umatnya yang menunjukkan perilaku moral yang baik secara berterusan di dalam kehidupan mereka.otherTeori Had, Ganjaran-Ganjaran Tanpa Had, Perkara-Perkara Baik.Aplikasi Teori Had dalam Membuktikan Ganjaran-Ganjaran Tanpa Had dalam Melakukan Perkara-Perkara BaikArticle8691