Abu Hassan, F. N.F. N.Abu HassanAbu Zahrin, S. N.S. N.Abu ZahrinMohd Hoesni, S.S.Mohd Hoesni2024-05-302024-05-3020170127-7871http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/37https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15284Kehidupan dalam era terkini terdedah dengan persekitaran yang mementingkan aspek yang bersifat materialistik dan individualistik. Setiap individu berpotensi untuk mengabaikan segala apa yang berlaku disekitarnya, hatta ketika terdapat individu lain yang sangat memerlukan bantuan. Hal ini demikian kerana wujudnya sifat mementingkan diri sendiri. Kesibukan menguruskan dan memenuhi keperluan peribadi menjadi keutamaan, maka, menghulurkan bantuan di saat orang lain terdesak memerlukan pertolongan menjadi pilihan kedua. Mereka beranggapan bahawa menghulurkan bantuan kepada orang lain tidak memberi manfaat atau ganjaran. Terdapat pelbagai insiatif yang telah dilakukan oleh para aktivis sosial bagi menyedarkan masyarakat tentang kepentingan keterlibatan dalam melaksanakan tingkah laku prososial seperti membantu orang lain tanpa mengharap balasan. Oleh yang demikian, kertas ini bertujuan untuk membincangkan faktor yang mempengaruhi tingkah laku prososial berdasarkan kajian-kajian sedia ada dan mensintesiskannya daripada sudut pandangan Islam. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi tingkah laku prososial iaitu faktor rasa berterima kasih, religiositi dan intensiti menonton rancangan realiti (reality show). Implikasi kajian ini adalah untuk mewujudkan satu usaha bagi menerapkan cinta kemanusiaan dalam kalangan ummah.ms-USKetamadunanTingkah laku prososialCinta kemanusiaanMalaysiaFaktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tingkah Laku Prososial Dan Impaknya Terhadap Sebuah Ketamadunan: Satu Kajian TinjauanArticle556122