Jalil, M. R.M. R.JalilWahid, H.H.WahidAhmad, S.S.Ahmad2024-05-292024-05-2920172232-1047http://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/28https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13629Isu desentralisasi kuasa serta lokalisasi pentadbiran zakat adalah penting dalam meningkatkan keefisienan pengagihan zakat di Malaysia. Kajian ini didorong oleh satu hipotesis dimana perlaksanaan lokalisasi pentadbiran agihan zakat dijangkakan mampu memberikan impak yang signifikan dan positif sebagai "One Stop Center" kepada pelajar asnaf fakir miskin. Kajian ini berupaya menyelesaikan masalah serta mengenal pasti keperluan pelajar selari dengan prinsip agihan zakat yang telah digariskan iaitu isti'ab, ikhtisas, hak, muraqabah, al-kifayah dan fauran. Persoalannya adakah konsep ini diterima dengan baik oleh penerima perkhidmatan zakat iaitu para pelajar yang digolongkan sebagai asnaf terutamanya dalam aspek pendidikan dan pembangunan modal insan yang merupakan elemen penting dalam kategori asnaf fisabilillah. Justeru kajian ini bertujuan mencadangkan satu model pentadbiran pengagihan zakat di institusi pengajian tinggi (IPT) yang berasaskan konsep lokalisasi serta konsep disentralisasi kuasa dalam aspek kutipan dan agihan zakat. Kajian ini menggunakan teknik persampelan rawak berstrata melibatkan responden para pelajar yang menerima bantuan pendidikan di bawah kategori asnaf fakir dan miskin zakat di Universiti Teknologi Mara (Uitm) Shah Alam. Hasil kajian mendapati majoriti responden bersetuju dan menerima konsep ini dilaksanakan di institusi pendidikan. Beberapa implikasi dasar serta cadangan turut dibincangkan dalam kajian ini.Lokalisasi ZakatAgihan PendidikanPelajar MiskinLokalisasi Unit Zakat Institusi Pengajian Tinggi Sebagai Model One Stop Center Agihan Zakat PendidikanArticle5172101