Siti Fatimah RadziNornajihah Md NorNur Fatanah Mohd NorHarun Baharudin2024-05-312024-05-3120199789675852442http://ppt.usim.edu.my/wp-content/uploads/2019/11/eProsiding-i-STET-2019-latest.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18251E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2019 “Memartabatkan Turath Islami, Memacu Tamadun Multi Etnik”/ Penyunting : Mohd Azmir Mohd Nizah, Mashitah Sulaiman, Adibah Sulaiman @ Mohamad 19 Oktober 2019 (Pusat Pengajian Teras, USIM) Anjuran : Pusat Pengajian Teras Dengan Kerjasama: Pusat Wakaf dan Zakat, USIM dan Yayasan Taqwa Wilayah PersekutuanTinjauan literatur ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap motivasi pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab, mengenal pasti hubungan sikap dan motivasi pelajar dalam pembelajaran dan pencapaian bahasa Arab dan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Arab. Kaedah kualitatif deskriptif digunakan bagi meninjau hasil dapatan daripada kajian-kajian lepas yang telah dijalankan. Dapatan kajian telah dianalisis bagi melihat perbandingan antara kajian. Motivasi intrinsik dan ekstrinsik menjadi domain utama dalam mengumpulkan data-data daripada responden. Dapatan kajian menunjukkan motivasi intrinsik seperti sikap dan kesedaran diri serta motivasi ekstrinsik seperti galakan daripada ibu bapa juga guru dan pengajaran guru mempengaruhi pembelajaran bahasa Arab pelajar. Motivasi ekstrinsik didapati motivasi yang paling baik dalam pembelajaran bahasa Arab. Pelajar yang bersikap positif terhadap pembelajaran bahasa Arab mempunyai motivasi yang tinggi terhadap pembelajaran bahasa tersebut. Motivasi dan sikap juga mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian akademik. Faktor yang paling mempengaruhi motivasi pelajar adalah sikap pelajar yang menganggap mata pelajaran bahasa Arab adalah penting. Pengajaran guru yang baik juga didapati meningkatkan motivasi pelajar. Maka, tinjauan literatur ini penting bagi mengenalpasti lompang dan permasalahan yang masih wujud dalam kemerosotan tahap motivasi pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab.otherMotivasi, Pembelajaran Bahasa Arab, Intrinsik, Ekstrinsik, Sikap, Pencapaian akademik.Motivasi Pelajar Terhadap Pembelajaran Bahasa ArabArticle159169