Rasmina HasbullahAzniwati Abdul AzizWan Amir Nudin Wan IshakSanusi ShariffMohamed Akhiruddin IbrahimIrwan Mohd Subri2024-05-282024-05-282017--Aziz, A.A., Hasbullah, R., Ishak, W.A.W., Shariff, S., Ibrahim, M.A., Subri, I.M. (2017). Penerapan Naqli Dan Aqli : Kajian Terhadap Kurikulum Program Tamhidi Syariah dan Undang-Undang. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 2(6), 287 - 301.0128-1755http://www.jised.com/archived.asm?dataid=38&iDisplayStart=0&aaSorting=&isSearchDetail=1&dataidExtend=292&iDisplayStartExtend=0&aaSortingExtend=&isSearchDetailExtend=1http://www.jised.com/PDF/JISED-2017-06-12-32.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/5551Volume: 2 Issue: 6 [December, 2017] pp. 287-301] Journal of Islamic, Social, Economics and DevelopmentKajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penerapan ilmu naqli dan aqli dalam kurikulum Al-Mabadi’ Al-Fiqhiyyah sebagai salah satu kursus utama yang ditawarkan bagi Program Tamhidi Syariah dan Undang-Undang di Pusat Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kajian ini amat signifikan dalam usaha ahli akademik menyediakan kurikulum unik menepati acuan USIM untuk menjayakan pelan strategik universiti sebagai Pusat Rujukan Ilmu Naqli dan Aqli menjelang 2025. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan temubual pakar dalam bidang kajian dan kaji selidik maklumbalas pelajar yang terlibat secara langsung dengan kurikulum Al-Mabadi’ Al-Fiqhiyyah. Penyelidik menyediakan dua bentuk persoalan kajian berbeza berdasarkan kesesuaian responden untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan objektif penyelidikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kurikulum Program Tamhidi Syariah dan Undang-Undang dalam kursus Al-Mabadi’ Al-Fiqhiyyah mengandungi elemen naqli dan aqli. Hasil kajian juga menyatakan bahawa penerapan naqli dan aqli dalam kurikulum Al-Mabadi’ Al-Fiqhiyyah menepati falsafah USIM. Kajian ini boleh menjadi panduan kepada pihak jabatan dan USIM sebagai pencerahan kepada pelajar, pensyarah serta masyarakat mengenai impak integrasi ilmu naqli dan ilmu aqli yang amat signifikan dalam pembentukan perwatakan dan sahsiah pelajar. Sekaligus memperkasa pembangunan diri, masyarakat dan negara. Kajian ini juga boleh dijadikan panduan untuk kajian lanjutanen-USNaqli,Aqli,Kurikulum,Tamhidi, SyariahPenerapan Naqli Dan Aqli : Kajian Terhadap Kurikulum Program Tamhidi Syariah Dan Undang-undangInstillation Of Naqli And Aqli: A Study On Syariah And Law Tamhidi Programme CurriculumsArticle28730126