Azizah AwangIntan Farahana Abdul RaniKway Eng Hock2025-01-202025-01-202024-12-01Azizah Awang, Intan Farahana Abdul Rani, Eng Hock, Kway . (2024). Penilaian Kebolehgunaan Modul Pengajaran Kemahiran Bacaan Awal bagi Kanak-Kanak Ketidakupayaan Penglihatan Prasekolah: Usability Assessment of Early Reading Skills Teaching Module for Preschool Visually Impaired Children. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 8(2), 67-86. https://doi.org/10.33102/jqss.vol8no2.21310.33102/jqss.vol8no2.213https://jqss.usim.edu.my/index.php/jqss/article/view/213/143https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/26108Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, Volume 8 Issue 2 Page (67-86)Kajian ini bertujuan untuk menilai kebolehgunaanModul Kemahiran Bacaan Awal Braille (KeBAB) berasaskan Kaedah A-J+3+6 bagi kanak-kanak ketidakupayaan penglihatan (KKP) prasekolah. Isu utama yang dibincangkan adalah kekurangan modul pengajaran yang khusus dan berstruktur untuk membantu KKP menguasai kemahiran bacaan awalbraille pada peringkat awal Pendidikan. Hal ini supaya dapatmengatasikelemahan dalam penguasaan asas seperti kemahiran mengenal huruf, kemahiranmembunyikan suku kata dan kemahiranmembaca perkataan. Objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap penguasaan KKP terhadap kemahiran bacaan awal braille serta pandangan guru mengenai kebolehgunaan modul tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang merangkumi kaedah pemerhatian, kaedah temu bual separa berstruktur dengan guru prasekolah dan analisis dokumen terhadap lembarankerja KKP. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan ketara dalam penguasaan kemahiran bacaan awalbraille dengan peserta kajian memperlihatkan kemajuan dalam kemahiran mengenal huruf, kemahiranmembunyikan suku kata terbukadan kemahiranmembaca perkataandua suku kata terbuka. Guru-guru juga menyatakan bahawa modul ini dapat membantu mereka dalam proses pengajaran yang lebih berstruktur dan berkesan. Sumbangan utama kajian ini adalah penyediaan modul yang selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (KSPKPK) sertamenyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 4) yang menekankan pendidikan berkualiti dan inklusif. Walaupun demikian, limitasi kajian termasuk saiz sampel yang kecil dan tempoh kajian yang singkatmemerlukankajian lanjutan dilakukan dengan skop yang lebih luas dan penilaian jangka panjang untuk mengesahkan keberkesanan modul ini.msBrailleInklusifKanak-kanak Ketidakupayaan PenglihatanLiterasiModulPenilaian Kebolehgunaan Modul Pengajaran Kemahiran Bacaan Awal bagi Kanak-Kanak Ketidakupayaan Penglihatan PrasekolahUsability Assessment of Early Reading Skills Teaching Module for Preschool Visually Impaired Childrentext::journal::journal article::research article